BAB 2

Romance Completed 617

Selepas selesai dengan kerja – kerja rasminya, Raja Mustapha mengajak Badarsila duduk di taman istana. Dia memandang agak lama akan air pancut yang mengindahkan suasana taman istana itu. Badarsila yang sedang menulis sesuatu di suruh mandi disitu bersamanya.

“Taknaklah tuanku.... gila apa mandi dekat sini” Badarsila menggeleng kepala.

“Ikut cakap saya.... jomlah. Saya teringin nak mandi kat air pancut istana tapi tak ada kawan. Jomlah... bonda tak ada tu. Hari lain saya penat buat kerja” pujuk Raja Mustapha .

“nanti semua kata saya gila..”

“Ooo... awak nak kata saya gila ye.... ala, mula – mula kita mandi kat sini. Kalua lepas kahwin kita mandi dalam bilik mandi” usik Raja Mustapha .

“tuanku!!!! Gatalnya!!. Malang betul bakal permaisuri nanti” Badarsila tergelak. Dia menggeleng kepala berkali – kali.

“Saya takkan biarkan awak malang”

Badarsila terdiam. Badarsila pun masuk ke dalam air pancut itu walaupun kesejukan. Raja Mustapha duduk di kerusi taman dan ketawa sahaja. seronok mengenakan penasihat barunya itu. habis basah lencun baju Badarsila .

“kenapa tuanku tak masuk dalam ni?” Badarsila menjerit.

“Badarsila !!!!!” Permaisuri Rania menggeleng kepala. Badarsila gigit jari. Mampus dia kali ni!!!. Setelah keluar, Permaisuri Rania menyuruh dia masuk ke dalam menukar baju dan keluar mendapatkannya nanti.

Badarsila yang sudah pun menyalin baju berdiri di hadapan Permaisuri Rania.

“Gila ke apa awak ni nak mandi dalam air pancut tu?” tegas suara permaisuri berwajah kacukan itu. Raja Mustapha senyum simpul di belakang bondanya. Setelah menerima bebelan lebih daripada lima minit, Badarsila terus keluar. Raja Mustapha mengejarnya.

“Badarsila ...”

Badarsila mempercepatkan langkahnya.

“hei... Badarsila ,,...:” Raja Mustapha menarik tangan Badarsila agar berhenti. Disentuhnya rambut Badarsila yang basah itu. mata mereka bertentangan.

“Saya benci tuanku” tutur Badarsila perlahan.

“tapi saya dengar macam sayang sahaja.. bukan benci” senyum Raja Mustapha . Badarsila memalingkan wajahnya. Menyedari permaisuri Rania keluar dari dalam biliknya, terus Raja Mustapha menarik pinggang Badarsila agar bersembunyi di lorong ke dewan santapan. Semakin Permaisuri Rania menghampiri, semakin erat pelukan Raja Mustapha pada pinggang Badarsila . Akhirnya kepala Badarsila tertunduk di dada Raja Mustapha dengan mata yang terpejam. Permaisuri Rania sudah pun menjauhi tetapi mereka masih di situ. Perlahan – lahan Badarsila meluahkan perasaannya.

“Tuanku buat saya gila” matanya masih terpejam.

Perlahan – lahan tangan yang merangkul pinggang Badarsila itu dilepaskan dan Raja Mustapha beredar pergi. Badarsila terjelepok ke lantai.... kau memang buat aku gila!!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience