BAB 7

Romance Completed 696

*SUDAH*seminggu masa yang diperuntukkan untuknya menyiapkan proposal
yang telah diarah oleh Liyana mesti diserahkan hari ini.
Selewat-lewatnya pagi ini juga. Habis dia kali ini, belum beres lagi.
Tinggal sedikit sahaja. Awal-awal pagi dia sudah datang kerja luar dar
waktu biasa. Bertungkus-lumus untuk disiapkan juga.
“Eh minah sengat! Awal pula kau datang pagi ni?” Tiba-tiba dia
dikejutkan dengan sergahan Zaifar .
Masa bercinta semanis kurma berbahasa saya dan awak. Kini sudah beraku
engkau pula. Bukan senang membohongi hati sendiri meskipun nampak
seperti hipokrit sahaja.
Mendidih darah Sulastri bila melihat muka si badut sarkas itu sedang
berdiri di depannya. Sudahlah dia sedang kelam kabut, disapa pula dengan
orang yang dia paling menyampah di dalam dunia ini. Aduh! Bertambah panas.
Sulastri hanya hanya sempat menjeling. Dia terus menyambung kerjanya
dengan tergesa-gesa. Kalau tidak Liyana mengamuk. Bila sebut mengenai
Liyana, Sulastri sebenarnya berang tapi dikawal sahaja perasaannya.
“Ooo! Tengah siapkan kerja bos rupanya…keciannya!” sindir Zaifar .
“Hei badut! Kau tak cuci stoking ke hah? Bau hapak! Pergi dari sini tak
larat hidung aku nak hidu bau busuk!” Sulastri membalas sindiran Zaifar .
“Oo busuk ya…! Tak kurang dengan bau ketiak kau tu, lagi busuk! Aduhhh!
gatalnya hidung aku..” balas Zaifar pula yang sengaja menggosok-gosok
hidungnya sendiri.
“Hidung kau tu gatal sebab kau penghidap resdung, tak lama lagi hidung
kau akan rompong! Pergi! Jangan kacau aku tengah buat kerja ni!” Sulastri
menghalau Zaifar dengan menguis-nguis tangannya.
“Aku tak mahu pergi, kalau aku pergi nanti kau rindukan aku pulak..!”
“Siapa nak rindu kau! Lebih baik aku rindukan kucing aku kat rumah tu
dari rindu orang macam kau!” balas Sulastri sambil mengkerlong matanya.
Zaifar mengangkat kening tersenyum sinis. Jejaka tampan berkulit cerah
titu tidak hairan langsung dengan ucapan Sulastri malah memandang dengan
penuh rasa kagum.
“Iye ke kau tak rindu aku? Tapi hari itu aku nampak kau jeling-jeling je
masa aku tengah makan bersuap dengan Liyana…kau cemburu ye..?” ujar
Zaifar yang sengaja membuat Sulastri cemburukan dia tempohari.
“Lantak kau lah kau nak makan bersuap ke?! Kau nak makan sampai muntah
darah ke, aku peduli apa?!” tengking Sulastri dengan muka merah padam.
“Okey! Okey! Kau tak peduli! ye aku memang dah tahu kau tak akan
pernah pedulikan aku sampai aku mati pun kan?” Air muka Sulastri terus
berubah tatkala Zaifar berkata begitu namun hatinya tetap juga berdegil.
Zaifar terus melangkah pergi meninggalkan Sulastri dengan wajah hambar.
Sedangkan tadi dia sengaja mengusik tetapi dia sendiri yang pedih. Pedih
membawa duka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience