BAB 4

Romance Completed 696

*SEORANG *wanita yang mempamerkan wajah yang garang di depan Sulastri
cukup tidak berpuas hati. Bercekak pinggang dan merenung tajam.
*“SAYA*nak awak siapkan kerja tu dalam minggu ni juga!” tegas
pengurusnya benama Liyana.
Sulastri tunduk hampa. Proposal itu belum dapat disiapkan lagi. Tugasan
yang diamanahkan itu masih terbengkalai. Sulastri tidak tahu mahu
menjawab apa lagi. Mungkin salahnya namun tidak dapatkah dirinya diberi
peluang? Perlukah marah-marah begini? Keluh hati Sulastri .
“Awak boleh keluar sekarang!” arah Liyana salam tegas.
Jantungnya berdetak kencang mahu sahaja melawan tetapi sudah salahnya
apa boleh dia buat. Dengan perlahan-lahan Sulastri melangkah keluar dari
bilik pengurusnya itu. Sebaik sahaja pintu dibuka Zaifar sudah tercegat
di depannya. Membulat mata Sulastri dengan penuh rasa menyampah.
“Kena marah ke?” pertanyaan Zaifar berbaur sindirian telah membuatkan
dia bertindak spontan dengan fail yang berada di tangannya lalu dihempuk
ke bahu Zaifar .
‘Paaapp’
“Aduh sakit!” Zaifar mengadu.
“Diamlah mangkuk!” tengking Sulastri .
“Kecian kena marah rupanya..!” bertambah sakit hati Sulastri dengan sikap
Zaifar . Mahu sahaja dia berhenti kerja di Syarikat Bumi Indah
Enterprise. Ini secepat mungkin. Malas dia hendak tengok muka si Zaifar
ini lagi.
“Wekkk!”
“Wekkk!” Zaifar ikut-ikut jelir.
“Eeee geramnya aku!”
“Eeee geramnya aku!” Zaifar ikut-ikut cakap Sulastri .
Tindakan Zaifar telah mengudang amarah Sulastri yang menbuak-buak. Lantas
fail yang tadinya itu digunakan lagi untuk menghempuk bahu Zaifar
berulang kali melepaskan geram.
“Ambik kau! Ambik kau!”
“Aduh! Aduh! Aduh! Sakitlahhh”
“Padan muka!” Sulastri terus meluru laju meninggalkan Zaifar yang
tersengih-sengih.
‘Semakin kau marah semakin cantik kau Sulastri ’ bisik hati Zaifar .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience