BAB 2

Romance Completed 696

*“KAU*ni kenapa Su? Muka macam ayam berak kapur!” Hanan menegur setelah
memerhatikan wajah Sulastri yang seperti itu.
Hanan rakan serumah Sulastri bertanya setelah melihat ekspresi wajah
Sulastri sebegitu rupa. Naik hairan rasa pula. Sejak awal tadi selepas
Sulastri pulang dari kerja, wajah Sulastri sarat dengan rasa tidak puas
hati. Garis-garis gusar dan tidak senang terpancar dari raut wajah.
“Geram! Geram tau tak!” bentak Sulastri .
Sulastri berkerut dahi kali ini bermuncung mulut pula memandang Hanan
lalu membulatkan matanya.
“Kau geram kat siapa pula ni?” Hanan menyoal pantas.
“Aku geram kat Si Zaifar mata sepet tulah…” balasnya geram hingga
sanggup memaculkan ucapan sedemikian.
“Ish! Tak baik kau cakap dia macam itu, sepet-sepet mata dia pun bekas
cinta hati kau juga….kau tu yang buang tebiat! Yang kau minta putus
dengan dia tu dulu kenapa?!”
“Eee! jangan ungkit lagi… tolonglah”
“Malaslah aku nak layan kau ni, hari-hari gaduh dengan Zaifar tu… ada
juga ex tunang macam ini? Pening aku!” Hanan mempamerkan keruhan di
wajah merungut tatkala hari-hari mendengar sebab yang sama.
Hanan terus mengangkat punggung lalu masuk ke bilik, dia dah mula
mengantuk, baik dia tidur sahaja. Sulastri yang masih menghadap kaca
televisyen terus mencebik. Sekejap pusing ke kiri, sekejap pusing ke
kanan. Serba tidak kena. Fikirannya menerawang teringatkan zaman
percintaannya dengan Si Zaifar .
“Aihh tak boleh jadi! Aku malas nak ingat dia lagi, tapi dia hari-hari
ganggu aku.. dia tu macam budak-budaklah!” desis dirinya sendiri. Dia
kemudiannya menyisip teh yang dibancuh sendiri sampai habis.
‘Kring Kring’ telefon rumahnya berdering.
“Ahhh siapa pulakkkkk?! Ni mesti si badut ni yang telefon,” duganya dan
terus bangun dari sofa merah lalu mengangkat gagang telefon.
“Hah! Hello! kau nak apa badut?!”
“Apa! Badut?? Kau cakap ayah badut ke?”
“Ehhh ayah!” Sulastri menggelabah. Dia silap orang. Jangkaannya meleset
sama sekali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience