BAB 6

Romance Completed 696

Kau apa cerita malam tadi, aku tertanya-tanya apa masalah kau, aku
nak tahu apa benda yang ayah kau cakap tu..” Hanan sibuk-sibuk pula
ingin ambil tahu. Semalam ditinggalkan begitu sahaja bila diminta tunggu.
“Aku mengantuk pulak malam tadi, jadi aku terus masuk tidur,” Sulastri
memberi alasan.
“Kan aku suruh kau tunggu…”
“Malaslah, aku malas nak susah-susahkan kau..”
“Susah ke?”
“Selalu..”
“Kalau kau rasa macam tu tak apalah sebab kau memang hari-hari
menyusahkan aku. Tu! Pi cuci pinggan kat dapur, dari semalam tak dibasuh
lagi.”
“Ala, kejap lagilah..” tangguh Sulastri .
“Kejap-kejap! sampai berlipas dan bersemut baru kau nak cuci? Hari-hari
asyik aku je yang kena kemaskan dapur, kau sejak putus dengan Zaifar dah
jadi pemalas pulak, apa nak jadilah dengan kau ni?”
Hanan membebel sahaja.
“Itu yang aku tengah runsing ni..” Sulastri menggaru kepalanya.
“Bukan kau patut runsing! Tapi aku ni hah! Hari-hari buat kerja rumah
boleh patah tangan aku.” balas Hanan rakan serumahnya.
“Kau ni berkira dengan aku,”
“Bukan berkira tapi kenalah bertolak ansur…tapi aku rasa kau susah nak
bertolak ansur Su, sebabnya masa kau dengan Zaifar dulu pun tak pernah
kau nak bertolak ansur dengan dia…” ujar Hanan .
Sulastri menjuih bibirnya. Sebenarnya ucapan Hanan itu menusuk ke relung
hatinya. Benar-benar terasa. Mungkin benar kata Hanan namun keegoannya
menggunung tinggi.
“Ni yang aku tak nak dengar ni, kalau kau nak membebel aku pasal benda
lain aku tak kisah sangat, tapi jangan sebut-sebut nama si badut sarkas
tu lagi! Aku malas nak dengar!” Sulastri mula angin.
Hanan cukup tidak berkenan dengan sikap egois Sulastri yang sudah tahap
melampau hingga selalu sahaja melenting.
“Tapi apa yang berlaku pada kau sekarang ni adalah kesan dari hubungan
antara kau dan dia tu. Kau tak nampak ke? Kau jadi pemalas. Rumah ni
langsung tak terurus. Tempat tidur kau sendiri pun tak terjaga. Pernah
juga aku usha, perhh bersepah macam sarang tikus. Kita ni perempuan Su,
kena jadi pembersih.” ceramah Hanan .
Sulastri hanya memuncungkan mulut. Dia berpaling dari arah lain. Kemudian
keluhan panjang Aisah menjengah di cuping telinganya. Lantas dia menoleh
dam melihat Hanan menggeleng sahaja.
“Okey! Aku pergi kemaskan sekarang! Kau jangan nak bising-bising lagi,
mulai sekarang biar aku yang kemaskan dapur tu!” bentak Sulastri macam
tidak ikhlas saja.
“Pantang aku tegur sikit mula buat muka macam pencacai angkat n****,”
balas Hanan sambil memandang Sulastri berlalu deras ke ruang dapur.
Tidak lama kemudian.
“kepangggh!” bunyi pinggan pecah.
Hanan deras menjengah ke dapur.
“Ya Allah Sulastri ! Macam mana kau cuci pinggan mangkuk ni, habis pecah!”
ujar Hanan dengan bercekak pinggang.
“Errr” Sulastri tergagap-gagap sambil menoleh ke Hanan .
“Apa yang kau tengah fikirkan ni?”
“Sorry Cah, aku tak sengaja. Nanti aku beli baru…” balas Sulastri .
“Aku tak kisah fasal pinggan yang pecah ni tapi aku kisah apa yang kau
tengah fikirkan sampai boleh pecah pinggan ni, kalau kau masih fikirkan
Zaifar tu aku nasihatkan kau lebih baik kau mintak cuti beberapa hari
balik ke kampung dulu tenangkan fikiran.” Usul Hanan sambil menggosok
belakang Sulastri .
“Tak boleh Cah, nanti ayah aku tanyakan soal nikah… sebenarnya ayah aku
tak tahu aku dah putuskan pertunangan dengan Zaifar tu,” sorotan mata
Sulastri begitu hambar.
“Pulak dah! Habis takkan kau nak senyap je? lambat laun nanti ayah kau
tahu juga,” balas Hanan .
“Aku kalau boleh tak nak ayah aku tahu, tapi dia nak juga aku menikah
dengan Si Zaifar tu..Apa aku nak buat ni?” soal Sulastri yang kebingungan
dengan keputusan yang telah dibuatnya iaitu memutuskan pertunangan
dengan Zaifar .
“Habis tu mak ayah Zaifar tahu tak?”
“Aku pun mintak dia rahsiakan,”
Siap boleh minta-minta lagi si Zaifar rahsiakan perkara itu. Pelik tanpa
sebab kukuh hendak putus tunang. Alasan utama pasti cemburu. Zaifar pula
menurut sahaja. Masa Sulastri minta putus dulu pun jejaki itu biasa
sahaja langsung tidak terperanjat seperti tiada berperasaan malah
selepas itu sering kali menyakitkan hati Sulastri . Melampau-lampua jadinya.
“Pulak! Pelik lah korang berdua ni..” kata Hanan sambil menggaru kepala
yang tidak gatal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience