BAB 1

Romance Completed 696

Dari jauh kelihatan seorang wanita sedang leka membaca novel romantis di sebuah perhentian bas. Semantara menantikan bas seterusnya, , dia sempat membelek novel yang belum lagi habis dibaca itu. Sesekali dia menjengah jam di tangan.
‘Aihhh!! Mana bas ni lambat betul!’ Sulastri merungut sendirian.
Pagi itu dia setia menunggu bas untuk ke tempat kerja. Maklum sahajalah
naik pengangkutan awam boleh mengurangkan kesesakan lalu lintas namun
perkara ini yang sukar diterima iaitu menunggu ketibaan bas yang terlalu
lama.
Di situ dia mengeluh sendirian dan novel tersebut diletakkan di sisi.
Hilang pulang modnya untuk meneruskan bacaan. Dia mengalih pandangan ke
sudut lain. Mengetap lembut bibirnya tatkala terkenangkan bekas tunang
sendiri. Pening dirasakannya kerana bekas teman lelaki merangkap bekas
tunang itu masih lagi kerja di tempat yang sama.
Hairan dengan keadaan ini. Kenapa lelaki itu begitu tegar? Hatinya kini
sarat dengan rasa menyampah terhadap bekas tunangnya. Rasa ingin
berhenti kerja sahaja. Namun dalam keadaan ini dia pasti ada sebab
tersendiri kenapa keadaan itu berlaku?
‘Ping! ping!’ tiba-tiba kedengaran bunyi hon membuatkan bayangan yang
menari-nari di mindanya lenyap serta-merta.
Bunyi hon kereta yang telah berhenti betul-betul di depan mata dia itu
amat membuatkan hatinya menggelegak sahaja. Tahap kepanasan sampai ke
puncak. Berona merah wajahnya.
Sulastri buat tidak tahu. Masih mengawal perasaan. Malas dia hendak
melayan orang itu. Sungguh menyakitkan hati. Sudah pasti lelaki itu
ingin memujuk.
“Hai cik adik, marilah abang hantarkan. Tak sudi ke naik kereta buruk
abang ni?”
“Pergilah!” balas Sulastri yang bosan dengan cara Zaifar .
Sulastri jual mahal. Dia menarik muka.
“Amboi! Amboi! cik adik manis intan payung, sekarang ni hari nak hujan,
marilah abang tolong hantarkan..janganlah jual mahal, nanti tak laku.”
Zaifar setia memujuk yang masih lagi berada di dalam perut kereta.
“Biarlah tak laku! Yang kau nak kisahkan kenapa? Pergilah mabuk atau kau terjun jambatan tu!” tengking Sulastri yang bertambah menyampah tengok muka si badut itu.
Dalam hati dia tidak sabar-sabar berharap bas cepat datang. Dia malas
tengok muka Zaifar yang selalu menganggu dia setiap kalinya dia balik
kerja. ‘Lambat bas ni!! Lembap macam siput!’ desis hatinya.
Zaifar yang berada di dalam perut kereta tersengih sahaja sambil
main-main mata.
“Mata kau sakit ke? Atau mata kau memang jenis macam tu? Kesian! Cacat
rupanya!” perli Sulastri yang bengang dengan cara Zaifar mengenyit mata.
“Ha`ah mata aku ni tiba-tiba cacat bila terpandang wajah poyo kau yang
jual mahal!”
“Siapa poyo?! Kau tu yang poyo..eee!” Rasa nak dibaling sahaja buku yang
masih dipegangnya. Silap hari bulan tas tangannyajuga dibalingkan. Geram
teramat sangat.
“Lelaki poyo nilah yang selalu intai kau mandi,” ujar Zaifar yang
sengaja buat-buat cerita supaya Sulastri meradang.
Selagi Sulastri marah selagi itu Zaifar suka mengusik. Namun cara Zaifar
sungguh keterlaluan.
“Apa?!!!! Jantan tak guna!!!!” serentak dia membaling buku yang
dipegangnya ke arah Zaifar yang berada di dalam kereta. Mana boleh kena,
jauh! Zaifar duduk di tempat duduk pemandu.
‘Syuuuuuuuuuuuuuuuu pup!’ body kereta Toyota Zaifar sedikit kemek akibat
terkena bucu buku.
“Weii pompuan poyo nanti rosoklah kereta aku!”
“Padan muka kau!! Pergi mati kau dengan kereta kau sekali..wekk!!”
Sulastri menjelir lidah.
“Okey okey! Aku pergi mati sekarang! Nanti bila aku dah tak ada..maka
dah tak ada orang nak kacau hidup kau lagi, mesti kau happykan.. ?
Bye!!!” bunyi macam merajuk. Lelaki keras macam Zaifar pun boleh merajuk
dengan perempuan? Macam tidak percaya sahaja.
“Pergilah mangkuk!” Sulastri terus menyilang rapat tangannya.
Itulah Zaifar bekas tunang Sulastri yang tidak pernah berputus asa
memujuk Sulastri dengan cara sendiri. Di dalam hati Sulastri pula dia
tidak tahu sama ada masih ada sayang untuk jejaka itu setelah apa yang
berlaku dulu.
Seharusnya dia percaya namun sukar untuk dia mengerti hakikat cinta yang
sebenar-benarnya. Betapa dia sendiri tidak tahu tahap keluhuran lelaki
yang pernah dicintainya itu.
Sulastri cukup sedar bahawa Zaifar masih inginkan dirinya. Cuma sekeping
hati wanita sepertinya tidak ubah seperti menanti satu hentaman
memipihkan jalur rasa hingga merobek kesan-kesan luka berdarah semula.
Dia benar-benar takut untuk meyakininya. Tidak pasti pula apakah
kesudahan hidup begini. Sungguh bersimpang siur jadinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience