BAB 8

Romance Completed 696

*AKHIRNYA*proposal itu dapat juga disiapkan. Lalu dia melangkah ke
pejabat Liyana. Sebaik pintu diketuk satu suara yang meminta masuk telah
jengah ke telinganya. Lalu tombol pintu dipulas dan Sulastri terus masuk
dengan perasaan yang berdebar-debar.
“Selamat sejahtera bos,” Sulastri menegur.
`“Hah! Macam mana dengan tugas yang saya berikan pada awak? Sudah beres?”
“Sudah bos…”
“Bawa sini,” Sulastri melangkah perlahan mendekati Liyana.
Setibanya di hadapan dia terus menghulurkan proposal tersebut tanpa
dipelawa duduk oleh Liyana.
Liyana membelek-belek setiap helaian dokumen itu. Anak mata meneliti
satu persatu. Tiba-tiba Sulastri terperanjat apabila proposal tersebut
dihempas kuat di atas meja. Terpisat-pisat jadinya tatkala memandang
wajah Liyana berubah merah mahu marah-marah.
Sudah pasti Sulastri akan dimarahi lagi.
“Apa ni?! Saya suruh awak siapkan proposal untuk tender jahitan baju tu!
Bukan karangan budak sekolah rendah macam ni! Awak ni tak tahu buat
kerja ke?!” tengking Liyana.
Tersentak hatinya. Terkedu pula nafasnya. Sulastri terbungkam, tunduk
membisu sebaik sahaja ditengking begitu. Sejak Liyana ambil alih
syarikat ini, dirinya sering menjadi sasaran. Sasaran untuk ditengking
oleh Liyana.
Sikap Liyana tidak seperti Encik Mustafar yang baik hati serta pandai
menjaga hati setiap pekerja. Semenjak Liyana menggantikan tugas Encik
Mustafar, perempuan ini menggeletis sahaja. Liyana menggantinya tugas
si ayah.
Sulastri cukup harian hanya dia sahaja yang selalu dimarahi oleh Liyana.
Kenapa begitu? Kala ini hatinya panas dan sarat dengan rasa menyampah.
Rasa gugup juga singgah di relung hatinya. Segala-galanya berkecamuk.
“B**lol! B*ol! Belajar tinggi-tinggi tapi ini pun tak boleh buat!”
semakin menjadi-jadi marah Liyana terhadap Sulastri . Kesalahan yang
begitu kecil sengaja diperbesar-besarkan. Shahriman yang mendengar suara
Liyana yang sedang marah-marah itu terus mengintai dari celah-celah
dinding kaca.
Sebelum ini tidak pernah dia mendengar Sulastri dimarahi dengan begitu
teruk sekali. Siap dengan sumpah seranahnya lagi.
“Kau boleh marah aku tapi kau jangan suka-suka hati maki aku dengan
perkataan-perkataan yang tak senonoh. Sia-sia sahaja Tuah Mustafar
hantar kau belajar kat luar negeri tapi apa yang dia dapat? Dia dapat
seorang anak perempuan yang suka memusnahkan hubungan orang lain!!”
“Apa kau cakap??! Kurang ajar! Aku bos kau! Aku yang bayar gaji kau! Kau
lawan cakap aku kenapa?”
“Aku tak ingin bekerja dengan orang macam kau, Liyana! Selama ni kau
sengaja marah-marah aku sebab kau sukakan Zaifar ! Kalau kau nak dia! Kau
teruskan! Aku dengan dia dah tak ada apa-apa hubungan! Kau Faham!”
Sulastri sudah hilang sabar. Dia sudah menduga, Liyana berasa tergugat
bila Zaifar masih mengejar cinta Sulastri .
“Kau boleh berambus!!” bentak Liyana merenung tajam ke arah Sulastri .
“Memang aku nak berambus dari sini! Aku dah muak tengok muka kau yang
tak sedar diuntung, bersenang-senang dengan harta Tuan Mustafar!”
“Aku anak dia! Aku punya suka! Kau siapa? Kau hanya setiausaha yang
tidak tahu nak bekerja.! Berambus kau! Nah duit gaji kau!” Lalu
dilemparkan duit tepat ke arah muka Sulastri .
Duit yang berteraburan itu tidak sedikit pun dikutip oleh Sulastri , dia
sungguh berasa terhina dengan sikap Liyana. Segala yang berlaku telah
diintai oleh Shahriman . Sebaik sahaja Sulastri melangkah tergesa untuk
keluar, Shahriman cepat-cepat kembali ke meja.
Ekor mata Shahriman tidak kalih dari terus memandang Sulastri yang
tersera-sera mengemas barang-barangnya di atas meja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience