BAB 3

Romance Completed 696

*MALUNYA*dia sebab cakap macam itu tadi. Tidak fasal-fasal ayah dia pula
yang jadi badut. Oleh kerana terlalu menyampah pada Zaifar , semua orang
pula jadi mangsa keadaan. Apa punya oranglah. Rileks sudah.
Kali ini dia bertambah risau, ayah dia bertanya fasal Zaifar . Ayahnya
belum tahu yang dia sudah putus tunang dengan Zaifar dua minggu yang
lalu. Kalau ayah dia tahu habislah dia kali ini.
Mudah sungguh Sulastri meminta ikatan pertunangan antara dia dan Zaifar
diputuskan tanpa pengetahuan orang tua. Sulastri tidak tahu bagaimana
pula reaksi orang tua Zaifar bila mengetahuinya.
“Eh! Kau tak tidur lagi ke Su? Dah pukul berapa ni?” tiba-tiba Hanan
menyoal sambil menggosok-gosok matanya.
Sengaja dia bertanya setelah melihat Sulastri termangu di situ. Di ruang
tamu itu Sulastri mengeluh berat sambil matanya tertancap pada jam
dinding seperti mengira detik masa-masa yang berlalu.
Kala itu Hanan tidak dapat melelapkan mata. Tekak wanita itu terasa
haus. Jadi dia menapak untuk ke dapur meneguk sedikit air.
Jam di dinding sudah pukul 1 pagi. Fikiran gadis comel itu sedang
bercelaru memikirkan hal itu.
“Aku tak ngantuk lagilah…” jawab Sulastri meleret.
“Tadi aku dengar ada orang telefon, siapa?”
“Ayah aku…”
“Ooo..! buat apa ayah kau telefon malam-malam? Biasanya ayah kau telefon
siang-siang aje…” soal Hanan .
“Adoi aku tengah pening ni…” adu Sulastri .
Hanan mula mengerling. Sulastri pula mempamerkan wajah hambar.
“Apasal pulak? Kejap! Nanti kau sambung cerita, bagi aku masa kerana aku
nak pergi minum air dulu. Tekak aku kering ni… nanti aku datang balik,”
Hanan terus melangkah ke dapur untuk menghilangkan dahaga.
Sementara Hanan berada ke ruang dapur, kala ini cepat-cepat Sulastri
masuk ke biliknya. Dia malas menceritakan pada Hanan di saat ini kerana
hari sudah jauh malam. Dia sudah masak dengan perangai Hanan . Esok
pasti dia bersungut kalau lewat pergi kerja tatkala mendengar
masalahnya. Bukan sekali malah banyak kali begitulah juga.
“Cerita kau panjang sangatlah Su, tak larat telinga aku nak dengar, mata
aku pun berat je…” kata Hanan sewaktu dulu. Kemudian,
“Alamakkk!!!! Dah aku dah lambat pergi kerja!! Ni semua fasal cerita kau
malam tadi sampai aku tidur lambat” kata Hanan sebelum ini.
Sebab itu dia malas hendak mengadu apa-apa lagi pada Hanan ini. Baik
dia cerita pada dinding rumah ke, pada kasut ke, pada anak patung
beruang dia ke, atau di depan cermin ke. Cermin? Oh! Tidak!
Takut sungguh memandang cermin di tengah malam. Takut hantu bila
teringat kisah orang dulu-dulu. Mitos sahaja barangkali tapi bila rasa
takut menguasai minda pandang wajah sendiri pun nampak macam hantu.
Tidak berapa lama kemudian Si Hanan kembali semula ke ruang tamu untuk
mendengar masalah Sulastri itu.
“Aik! Mana pulak minah ni pergi? Aku minta tunggu sekejap dia terus
blah! Hampeh!” Hanan membebel sendiri.
Perlahan-lahan wanita itu melangkah meluru ke bilik Sulastri . Mahu
melihat keadaan Sulastri . Kemudian Hanan cuba memulas tombol pintu bilik
Sulastri . Sudah berkunci. Lalu dia mengetuk pintu pula, juga tiada
respons. ‘Biarlah dia..’ desis hati Hanan hampa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience