BAB 9

Romance Completed 696

*“MAN!*Mana Su?” soal Zaifar yang baru sahaja keluar dari pejabatnya
untuk berjumpa dengan Sulastri . Dia mahu melamar kembali cinta hatinya.
Dia tidak akan mengulangi kesilapan yang dulu.
Hati Zaifar sebenarnya tidak tahan menanggung rindu. Dia sudah tidak
mampu lagi dengan keadaan ini berterusan. Sebentuk cincin belah rotan
ingin disarungkan semula ke jari manis Sulastri . Dia tahu bahawa Sulastri
memang panas baran orangnya tetapi dia benar-benar sayang dan cintakan
Sulastri meskipun wanita itu meminta putus dengannya.
Zaifar cukup sedar kasih sayang dan cinta itu tidak boleh dibuat
main-main kerana ia melibatkan soal hati. Dia tidak mahu lagi menggores
hati cintanya itu.
“Su baru sahaja berhenti kerja,” balas Shahriman .
“Kenapa?!” Zaifar menyoal pantas.
“Bos tengking dia”
“Sebab apa?”
“Sebab proposal” kata Shahriman .
Zaifar dapat menggambarkan apa yang sudah berlaku. Dia tahu hati Sulastri
sudah lama membengkak. Berkerut dahi Zaifar berasa bimbang akan Sulastri .
“Hanya itu sebab itu Sulastri berhenti kerja?” Zaifar menyoal lagi
mahukan kepastian.
Dia tahu mungkin Shahriman tahu sesuatu.
“Err…tak….”
“Habis tu?”
Zaifar bersungguh-sungguh ingin tahu. Dia tidak mahu Sulastri berhenti
kerja. Tanpa melihat wajah Sulastri di pejabat walau sehari hatinya tidak
akan gembira. Hatinya tidak akan bahagia. Biarpun sikap Sulastri itu
adalah terburu-buru namun bagi Zaifar , Sulastri cukup bermakna dalam
hidupnya. Dia hanya mahukan Sulastri seorang sahaja.
“Semuanya sebab kau,” kata Shahriman itu amat mengejutkan Zaifar .
Tanpa berlengah lagi dia terus ke mengejar Sulastri . Dia tidak mahu
kehilangan kekasih hatinya. Biarpun sering bertengkar namun di hati
masih ada sayang, masih ada cinta. Meskipun Sulastri mendesak supaya
pertunangan ini diputuskan tetapi hatinya tidak rela dan hanya Sulastri
sahaja yang dipujanya.
Cepat kaki Zaifar melangkah. Dia menoleh kira dan kanan mencari kelibat
Sulastri .Telefon bimbit Sulastri tidak dapat dihubungi. Sulastri sengaja
mematikan telefon.
Di satu sudut dia terpandang kelibat Sulastri yang sedang membawa
barang-barangnya bersama. Sulastri sedang meyeberangi jalan. Dengan
pantas dia mengejar. Mata Zaifar kemudiannya terpandang sebuah kereta
Proton Saga dipandu laju seperti tidak menyedari Sulastri sedang
menyeberangi jalan menuju ke perhentian bas.
Zaifar berlari sepantas yang boleh.
“Su!!!!!” pekik Zaifar .
Sulastri mendengar tetapi tidak sempat menoleh kerana dirinya ditolak
laju ke depan. Daya tolakan itu sungguh kuat. Barang-barang yang
dipegangnya jatuh. Kesan tolakan itu membuatkan dia terpelanting dan
mengalami luka kecil di bahagian siku akibat bergeser pada jalan tar.
Sulastri menoleh pantas melihat jasad seorang lelaki melayang akibat
dilanggar oleh kereta. Demi menyelamatkan Sulastri , Zaifar telah cedera
parah. Saat ini dia sedang bermandi darah dan sedang meronta-ronta
kesakitan. Bekas cincin tergolek jatuh dari tapak tangan yang dari tadi
digenggam kemas. Sulastri merangkak mendapatkan Zaifar yang sudah
tercedera. Darah tidak henti-henti mengalir dari kepala Zaifar . Sekujur
tubuh itu tertiarap di bahu jalan.
“Zaifar zzzzz!!” Sulastri terpekik kuat.
Sulastri berusaha untuk bangun dan terus berlari ke arah Zaifar . Pantas
tubuh Zaifar di tolak sekuat hati untuk dilentangkan. Kemudian Sulastri
meriba kepala Zaifar yang berlumuran darah. Kereta yang telah melanggar
Zaifar itu terus berlalu pantas.
“Tolongggg!!!! Tolonggg!!” Sulastri menjerit.
Sebelum orang ramai datang membantu Zaifar sempat berbisik.
“Su…ini a..adalah demi cinta Zaifar untuk Su…” ujar Zaifar dengan nafas
yang tersekat-sekat. Dia cuba gagahkan tangannya untuk meraba bekas
cincin itu untuk diberikan kepada Sulastri namun tidak berdaya.
“Maafkan Su..maafkan Su, tolong jangan tinggalkan Su.. sebenarnya Su
cintakan Zaifar … tolonglah jangan tinggalkan Su…” air mata Sulastri
berhemburan setelah mendengar kata-kata Zaifar .
Pandangan Zaifar kian kabur. Lama kelamaan kelopak mata Zaifar tertutup
setelah khalimah syahadah dilafazkan perlahan.
“Tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!” raung Sulastri .
Perginya sang kekasih membuatkan hati Sulastri bagaikan tersayat. Cemburu
buta tidak dapat menyelesaikan masalah. Hakikat itu harus ditelan jua.
Parah sekeping hati tidak terbuat lagi kerana sebuah kehilangan itu
adalah selama-lamanya.
Sulastri tidak pernah tahu akan kesetiaan Zaifar selama ini. Mengapa
harus cinta kalau sering kali curiga hingga membawa pada satu
pengakhiran sebegini rupa? Memang ini adalah takdir maka sayangi selagi ada.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience