BAB 4

Romance Completed 11342

“ Lama lagi kita ada dekat sini. Awak sabar erk.”

Aku rasa nak buka ja ikatan ni. Aku nak tengok bunyi tu datang dari mana. Tapi baru sahaja aku nak tenangkan hati aku. sekali lagi aku terdengar bunyi tu. dan bunyi tu rasa sangat dekat dengan aku. Ya Allah.

“ Awak…”

“ Bunyi tu dekat awak.” Aku mengangguk laju.

“ Awak. saya nak buka ikatan ni. saya nak lari masuk kem. Saya takut.” Putusku. Biarlah cikgu nak kata apa. yang pasti aku nak lari ke kem balik. aku takut!

“ Tapi..”

“ Awak nak ikut tak? Saya nak buka ikatan ni. please… saya takut.” Rayuku akhirnya. Biarlah dia nak kata apa-apa pun dekat aku. yang pasti aku sangat takut.

“ Okay. Bila saya cakap tiga. Kita buka sama-sama.” Aku menghembus nafas lega. Mujurlah!

“ Okay. Awak boleh mula kira.” Aku dah bersiap sedia pegang ikatan tuala ni.

“ Okay. Satu. Dua. Tiga.”

Dan kami berdua pun membuka ikatan tuala tersebut. Dengan perlahan-lahan aku menoleh ke arah Asri. Dia pun sama. Masing-masing kami terkedu dengan suasana sekeliling.

“ Awak okay?”

Aku hanya mengangguk. Dengan susah payah kami berdua bangun untuk berjalan balik ke kem. Tapi semuanya terhenti apabila kami merasa ada orang berdiri tepat di belakang kami.

“ Awak. bunyi apa tu? siapa tu?” Soalku dengan takut-takut. Tapi dia hanya menggeleng.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience