BAB 3

Romance Completed 11342

“ Okay. Semua orang boleh beratur dekat luar. Tunggu arahan cikgu Zahir dan ustaz. Lepas tu setiap kumpulan boleh bergerak.”

Tanpa berlengah, aku bersama kumpulan bergegas ke luar dan beratur mengikut arahan. Aku terteguk air liur sebaik sahaja melihat kepekatan malam ketika ini. Tengoklah. Dah nama pun pukul 11 malam.

“ Kumpulan 1. Kamu boleh bergerak. Diikuti ketua kumpulan. Kamu ikut cikgu Zainal.”

Mahu tak mahu aku terpaksa berjalan beriringan dengan ketua kumpulan. Siapa lagi kalau bukan Asri. Terpaksa kay terpaksa!

“ Awak takut ke?” Tiba-tiba dia menegur.

“ Erk.. mana ada takut. Biasa je.” Nafiku sekeras-kerasnya. Eleh! Tak takut konon. Tapi tangan tu dah separuh menggigil. Adoi!

“ Kalau tak takut janganlah menggigil. Tak apa. saya ada.” Aku terus toleh ke arah lain. Dia perasan. Malu!

Hampir separuh jalan kami meninggalkan kem. Akhirnya langkah kami terhenti.

“ Okay. Kita dah sampai dekat tengah-tengah hutan rasanya. Sekarang cikgu nak setiap seorang ikat kain ni dekat kepala. tutup mata tu jangan bagi nampak.”

“ Ha? Cikgu. Kenapa kena tutup mata? Gelap kot cikgu.” Soalku dengan perasaan takut.

“ Nama pun kem kepimpinan kan. Jadi kamu kenalah berani. Nah ambil seorang satu.”

Dengan hati yang tak relanya aku ambil tuala tadi dan menutup mataku. Memang gelap! Mak! Nak balik!

“ Okay. Setiap seorang pegang tali yang cikgu bagi ni.”

Dengan keadaan yang gelap, aku mengagau dan pegang tali yang cikgu bagi.

“ Ikut langkah cikgu. Bila cikgu kata stop kamu stop.”

Aku doa banyak-banyak dalam hati. Lepas tu aku hanya tunduk ikut ke mana tali tu pergi. Dalam lima langkah aku berjalan, aku disuruh berhenti.

“ Okay seterusnya!”

Ya Allah. Lindungilah hamba. Hamba takut!

“ Ainnie!”

“ Ya saya!”

“ Asri!”

“ Ya saya!”

Aku tersentak. Asri ada dekat sebelah aku ke? Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah. Ada juga teman. Kalau tak aku keseorangan.

“ Nasib baik cikgu suruh awak duduk sebelah saya. Kalau tak saya menangis tak berlagulah jawabnya.” Ujarku dengan senang hati. Aku hanya tunduk memandang kaki. Masih nampak kaki tapi tak nampak orang sebelah.

“ Tu la. Saya tak apalah lelaki. Awak tu perempuan. Takut juga.”

Aku tersenyum walaupun dia tak nampak. Aku bersyukur. Dia orang yang buat aku geram dan marah akhirnya mampu jadi pelindung aku walaupun sebentar. Teman bagi aku hilangkan rasa takut ni je la.

Tiba-tiba aku terdengar bunyi hilaian orang ketawa. Aku tersentak besar. Badanku dah menggigil. Bukan sebab sejuk tapi sebab takut. Tapi dalam hutan ni memang sejuk.

“ Awak.. awak dengar tak apa yang saya dengar?” Soalku pada Asri.

“ Ya. Saya pun dengar. Bunyi apa tu?”

“ Saya tak tahu. Saya takut.” Aku mula rasa nak nangis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience