BAB 7

Romance Completed 11342

Semenjak tadi lagi. Aku perasan dia asyik perhati aku. semenjak daripada naik bas lagi. Tapi bila aku toleh ke arah dia. Cepat-cepat dia pandang ke arah lain. Amboi dia! Pandai curi-curi tengok kita noh.

“ Kau ni dah kenapa Annie? Dari tadi asyik membebel je.” Qila menegur.

Aku tersengih lantas menggelengkan kepala. Kalau aku cakap dekat Qila. Confirm dia sokong dan pergi tanya Asri tu. Lebih baik aku diam.

“ Aku perasan kan? dia asyik tengok kau je dari kem tadi. Aku rasa dia suka kau lah Annie.” Aku tersedak. Mujurlah air dah habis ditelan.

“ amboi. Mulut kau.”

“ Betullah. Aku tak tipu.”

Ya. Aku tau Qila. Aku pun perasan. Dan sekarang ni aku pula asyik perhati dia. dah jadi hobi pula aku asyik pandang dia. aku nak tengok sejauh mana dia boleh mengelak.

“ Jom pergi makan. Lapar. Lagipun lambat lagi nak naik bas.”

Alang-alang dah sampai Ipoh ni. Cikgu sempat bawa kami jalan-jalan. Ambil angin katanya. Eloklah sebelum balik Penang kan?

“ Kau pergi dulu. Aku nak ambil duit. Kau jangan lupa jaga tempat aku sama.”

Aku hanya mengangguk lantas pergi ke sebuah kedai. Macam-macam ada. Tapi satu pun tak menarik perhatian. Holla!

“ makan apa?” Aku pandang kiri.

“ Makan lah apa-apa je pun .” balasku selamba.

“ Amboi. Garangnya.” Aik? Dia ni nak cari fasal dengan aku ka apa?

Baru saja aku nak membalas, dia terlebih dahulu melangkah meninggalkan aku. sajalah tu nak mengelat. Siap kau!

Selesai saja membeli makanan dan ambil tempat, aku tak tahu kenapa mata aku ni tak mahu berganjak daripada tengok dia. aku sedar sesekali dia curi tengok aku. tapi dia mengelak setiap kali aku nak pandang dia. Ni nak marah ni. Cewah.

“ Tengok buah hati ke?” Qila datang-datang terus mengusik. Adoi!

“ Whatever. Dah jom makan.”

Daripada aku tengok muka dia yang tak kenyang tu. baik aku makan. Kenyang pun kenyang. Kakaka.

**
“ Annie! Tunggu!”

Langkahku terhenti. Aku menoleh ke belakang. Datang Asyraf dengan keadaan termengah-mengah. Dah kenapa?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience