BAB 6

Romance Completed 11366

Aku hanya memandang kelibat cikgu keluar daripada khemah. Tinggal Qila bersama aku.

“ Beb. Macam mana aku boleh ada dalam khemah cikgu? Asri macam mana?”

“ Kau beruntung beb. Nasib baik Asri ada masa tu. kalau tak entahlah apa jadi. Dia berusaha papah kau balik kem. Dan kalau kau nak tahu apa yang kau nampak tu orang. Salah seorang abang pesi kita yang menyamar jadi hantu.” Qila ketawa tiba-tiba.

Aku tersentak.

“ Ha. Padan muka diorang. Nak sangat buat aku takut kan? Tapi betul ke Asri papah aku?” Okay! Aku dah mula malu.

“ Yala beb. Masa kau pengsan tu abang pesi kita dah gelabah dah. Mereka lah tolong kau. Abang tu rasa bersalah sangat dan nak minta maaf dekat kau. Asri tu.. nasib baik dia tak cepat melatah. Sebab dia tau kot yang tu bukan hantu. Tapi kelakarlah. Haha. Beb! Muka Asri masa tu memang risau habis bila tengok kau.”

Aku mencebik. Memandai je Qila ni. Tapi aku kena cakap terima kasih dekat Asri. Kalau bukan sebab dia mesti aku takkan ada dekat sini.

“ Dan.. aku lupa nak cakap dekat kau. Orang yang asyik perhati kau semalam tu …”

Aku terus menoleh ke arah Qila.

“ Siapa? jangan buat aku tertanya-tanya boleh tak?”

“ hehe. Asri lah. Dia lah yang asyik pandang kau. Aku rasa dia suka kaulah. Hihi.”

Aku terdiam. Ceh. Dia ke orangnya?

“ Mengarutlah kau ni. dah aku nak balik khemah. Nak kemas barang. Jom.”

Tanpa berlengah aku pun keluar daripada khemah cikgu. Sebaik sahaja aku keluar. Aku dapat lihat Asri dan seorang abang pesi sedang berbual. Lantas aku mendekati mereka.

“ Asri. Terima kasih sebab tolong saya semalam.” Dengan malunya aku ucapkan terima kasih.

“ Tak ada apa-apalah. Lagipun awak dalam kesusahan. Mestila saya bantu.” Balasnya dengan senyuman.

“ Annie. Abang minta maaf. Abang yang buat kamu pengsan semalam.”

Aku tersengih.

“ Lain kali buat lagi tau?” Perliku. Dia hanya tersengih.

“ Okaylah. Saya gerak ke khemah dulu.”

Sebelum aku gerak sempat lagi aku menjeling ke arah Asri. Dan tak sangka Asri turut menjelingku. Adoi! Malu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience