BAB 2

Romance Completed 11366

“ Siapa? Gitau aku.”

“ Ainnie!” Aku tersentak besar. Pantas aku berdiri.

“ ye cikgu.”

“ Kamu masuk kumpulan 1.”

Aku menoleh ke arah kanan. Dan aku terkedu. Masuk dalam kumpulan 1 bersama dengan lelaki yang buat aku tersedak petang tadi? Aigo! Cikgu!

“ Baik cikgu.”

Aku duduk kembali dan mengambil barang. Qila daripada tadi asyik tersengih dekat aku. dah kenapa?

“ Aku tau siapa. nanti balik khemah aku cerita. Dah pergi sana.”

Ceh! Menghalau nampak. Sabar jelah.

“ Assalamualaikum.”

Aku memberikan salam tanda bersopan. Nanti kata sombong pula.

“ Waalaikumussalam.”

Aku sebenarnya tak mau duduk sebelah lelaki tu. tapi dekat situ sajalah tempat kosong yang ada. Yang lain semua dah di ambil orang. Huh! Sabar je lah. Cool arh Ainnie. Dia bukan buat apa-apa pun dekat kau. Tapi kenapa daripada tadi dia asyik senyum je dekat aku erk?

“ Tak sangka kita sama kumpulan.”

Aku hanya memberikan senyuman. Tak ada hati nak cakap dengan sesiapa pun.

“ Nama awak Ainnie kan? saya Asri.”

“ Tak tanya pun.” Dengan selambanya aku berkata. Eh kau ni Ainnie! Dah kira baik dia tak sombong dekat kau.

“ Saja nak bagitau. Kan saya ketua kumpulan.”

Aku tersentak. La.. yeke..

“ Yelah. Sorry.” Aku tebalkan muka dengan meminta maaf. Tapi dia hanya tersenyum.

“ Saya minta maaf fasal petang tadi. Awak okay kan?” Aku masih tersenyum. Kalau tak okay pun ada kau kisah ke?

“ Okay je. Jangan risau. Kalau tak okay pun bagi okay jugalah.” Jawabku dengan selamba. Tapi dia boleh pula ketawa. Yang lain buat selamba je. maybe dah tahu perangai ketua kumpulan mereka ni kot.

“ Kelakarlah awak ni Ainnie.”

Aku tersengih. Kelakar? Masa bila pula.

“ Okay semua. Masing-masing sudah diberikan kumpulan. Selepas ni kita akan gerak masuk ke dalam hutan. Dan setiap orang harus bekerjasama. Kalau boleh jangan pentingkan diri sendiri tu. Dalam hutan tu gelap.”

Aku rasa seram sejuk tiba-tiba. Apa yang cikgu nak kami buat dengan masuk ke dalam hutan tu? Ish! Dahlah aku takut gelap. Dalam kumpulan aku hanya tiga orang perempuan. Lagi 4 lelaki. Adoi!

“ Cikgu! Apa aktiviti kita sebenarnya?” Tiba-tiba ketua kumpulan aku menyoal. Bagus! Aku baru terfikir tadi.

“ Kamu akan tahu nanti. Jangan risau. Satu je peringatan. Bila dah duduk dalam hutan tu sorang-sorang. Banyakan berdoa dan beristighfar. Jangan terlalu seronok atau sedih. Cukup masa dalam setengah jam kita akan balik ke kem semula. Faham?”

Ya Allah. Aku yang mendengar ni pun dah cukup seram kot. Adoi! Aku tak bolehlah masuk bab-bab ni. Lemah semangat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience