BAB 10

Romance Completed 11366

Aku pandang mereka berdua silih berganti. Dah kenapa ni? apabila Asri berdiri tepat di depan mata aku. aku hanya berdiam diri.

“ Nah..”

Tiba-tiba dia menghulurkan aku secebis kertas. Aku hanya ambil dan baca.

Saya Asri. Nak cakap perkataan ni kat awak.
I LOVE YOU

Ni nombor telefon saya. Jangan lupa call okay. 011-2234167

Aku terpaku. Dengan berdebarnya aku mendongak melihatnya. Dia kelihatan macho apabila tersenyum macam tu walaupun wajahnya hitam-hitam manis. Aku jadi turut tersenyum.

Akhirnya aku koyakkan sikit kertas tadi dan menulis sesuatu pada kertas itu.

Saya Annie. Nak cakap juga kat awak.
THANKS

Nah. Nombor telefon saya. 011-9573177

Aku menyerahkan pada dia. tanpa berlengah aku pantas menarik tangan Qila dan naik ke atas bas. Sungguh! Aku rasa malu tiba-tiba. Hihi. Ya Allah. Adakah ini rasanya sayang? Cinta? Erk!

Apabila aku duduk. Aku toleh ke arah tingkap. Dan aku dan Qila terkejut. Dia buat bentuk love dengan tangan kecilnya itu ke arahku sambil tersenyum. Qila dah tersengih. Aku pula tunduk malu. Apa-apa pun terima kasih awak.

**
5 tahun kemudian

“ Qila! Aku nak keluar kejap. Kau tolong jagakan kedai.”

Aku bergegas keluar daripada butik apabila mendapat panggilan kecemasan daripada seseorang. Siapa lagi kalau bukan buah hati tercinta.

Haih. Dia ni pun satu. Apa yang emergency sangat sampai suruh aku balik rumah. Mak aku tau ke dia ada dekat sana? Or dia balik mengejut? Haish.

Hampir 30 minit juga baru aku sampai dekat rumah. Tapi kereta dia saja yang kelihatan.

“ Assalamualaikum.”

Aik? Tak ada orang menyahut pun. Ada orang ke tak ni?

“ Mak! Ayah!”

Aku pusing satu ruang tamu tu. Tapi tiada seorang pun yang menyahut panggilan aku. Ha ni yang buat aku seram sejuk ni.

“ Annie shahirah.”

Aku terkedu saat mendengar namaku dipanggil oleh suara garau itu. perlahan-lahan aku menoleh ke belakang. Dan aku terkedu melihat dia yang segak berpakaian casual. Ada majlis apa-apa ke sampai dia pakai baju tu?

“ Awak nak hadir majlis apa-apa ke?” Soalku blur.

“ Annie…”

Dia mendekatiku dengan senyuman kecil. Tiba-tiba dia menghulurkan aku segugus anak kunci.

“ Nak buat apa dengan kunci yang banyak ni? Kunci apa ni?” Soalku lalu mengambil kunci-kunci tersebut.

“ Awak pilih antara banyak-banyak tu untuk buka peti kecil ni. Bayangkan kunci ni adalah kunci untuk buka pintu hati awak untuk saya.” Aku terteguk air liur.

“ Kalau salah?” Dugaku.

Dia tersenyum lantas menggeleng.

“ Saya tahu awak takkan salah. Cubalah. Nah. Saya beri awak masa untuk pilih yang mana kunci yang sesuai. Sebab ada sesuatu dalam ni. Untuk awak juga.”

Aku membelek kunci-kunci tersebut dengan debaran. Ya Allah. Bantu aku untuk cari kunci yang sesuai untuk buka peti tu. Aku memejamkan mata sambil memegang anak-anak kunci tersebut. Dengan tenangnya aku mencapai satu anak kunci lantas aku membuka mata dan mendongak melihat Asri. Dia tersenyum.

“ Saya pilih kunci ni.” Jawabku dengan tenang dan penuh yakin.

“ Alhamdulillah. Okay sila buka.”

Dengan lafaz bismillah aku membuka peti tersebut. Dalam kiraan satu dua dan tiga. Ya Allah. Aku terkejut. Peti itu terbuka. Jadi kunci tadi? Aku memandangnya.

“ Saya yakin kita berjodoh.”

Aku buka peti tersebut untuk tengok isi di dalamnya. Sekali lagi aku terkedu. Sebentuk cincin!

“ Annie shahirah.”

Tiba-tiba dia melutut depan aku dengan senyuman lebar.

“ Sudikah awak menjadi isteri saya?”

Aku menekup mulut dengan renungan tak percaya.

“ Asri?”

“ Kalau awak sudi awak sarungkan cincin tu ke jari awak. Kalau tak saya faham.”

Aku akhirnya tersenyum lebar. Tanpa teragak-agak aku menyarungkan cincin tersebut ke jari manis aku. Ya Allah. Bahagianya rasa.

“ Alhamdulillah. Terima kasih awak.”

Aku rasa nak menangis. Tangisan kegembiraan.

Tiba-tiba terdengar bunyi tepukan daripada belakang. Mak? Ayah?

“ Tahniah Asri. Berjaya juga kamu. Kan pakcik dah cakap.”

Oh! Mak dan ayah bersubahat dengan Asri rupanya. Hampeh!

“Jadi?” Aku memandang mereka semua dengan kerutan di dahi.

“ Kita kahwin hujung minggu ni.” aku ternganga.

“ What?! Asri!”

“ Hahaha.”

Aku terus menampar lengannya dengan beg tanganku. Padan muka dia! sengaja buat aku malu kan?

“ Gurau je lah sayang. Hihi.”

“ Gurau-gurau. Ceh! Dah nak pergi butik. Bye!”

Terus aku berlalu meninggalkan dia. tapi hati aku tersenyum bahagia.

“ Awak!”

Langkahku terhenti. Tapi tak pula aku menoleh ke belakang.

“ Saya dah jatuh hati sama awak.”

Dan.. aku pun menoleh dengan senyuman lebar. Aku pun dah jatuh hati sama dia. Kini sudah tiada rasa curiga, cemas dan buntu kerana semuanya sudah disahkan, kami saling memendam perasaan dan jatuh hati pada orang yang sama. Dalam kehidupan ini banyak fasa dan untuk fasa bercinta ini aku sudah lulus fasa di mana confirmed aku sudah jatuh cinta!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience