BAB 9

Romance Completed 11366

Aku hanya menjeling Qila dengan pandangan kosong. Pandai je dia kan? tapi.. Tak tahu kenapa aku rasa bahagia tiba-tiba. Ewah! Cinta sudah datang ke? Haha.

**
Ya Allah. Terasa kejap je masa berlalu. Lagi sejam aku nak bertolak balik ke Penang. Sedih pula nak tinggalkan negara Ipoh ni. haih. Sedih tinggalkan bumi Ipoh ke sedih tinggalkan Asri? Erk! HIhi.

“ Okay semua. Cikgu nak ucapkan terima kasih atas kerjasama korang semua terutama sekolah Ipoh. Terima kasih kerana sudi join kem kali ini. Cikgu harap kita dapat berjumpa lagi nanti.”

Qila tiba-tiba menyiku lenganku dan membuatku terjerit kecil. mujur cikgu tak perasan.

“ Kau dah kenapa?” Soalku geram. Orang punya kyusuk nak dengar cikgu cakap. Dia boleh siku aku.

“ Tu. ada orang panggil kau.”

Aku toleh ke belakang. Apabila tengok Asyraf aku senyum senget. Aku tanya dia kenapa melalui reaksi muka aku.

Ternyata, dia menyuruh aku tunggu kejap. Jangan naik bas lagi. Ceh. Nak sampaikan apa lagi agaknya tu.

“ Aku rasa dia nak cakap sendiri dekat kau kot.” Qila bersuara. Aku hanya menjongketkan bahu. Tapi dalam hati sudah tersenyum lebar.

Hampir 15 minit juga baru selesai majlis perpisahan itu. Dan kami ambil peluang untuk mengucapkan selamat tinggal pada sekolah lain. Tak kurang juga aku dengan Qila.

“ ha. Nak apa?” Soalku pada Asyraf.

“ Jap. Asri! Sini! Aku dah tolong panggilkan. Sekarang giliran kau okay.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience