BAB 1

Romance Completed 11366

Selain rasa rindu, cemas, curiga rasa buntu juga akan menghantui bahkan boleh merajai akal dan fikiran kau saat dilamun cinta. Apa kau ingat semua benda indah senang untuk dimiliki. Untuk memiliki cinta tiadanya erti mudah bersenang lenang. Kau akan merasa sengsara terlebih dahulu. Ha Ha Ha

“ Beb. Aku takutlah.”

“ Dah kenapa pula?”

Aku tersengih kerang busuk. Takutlah sebab ni kali pertama aku masuk ke dalam hutan.

“ Tenanglah weh. Ni kan kem kepimpinan diri. Kau yang teruja sangat nak ikut kan?”

“ yalah. Dah nama pun pengawas. Semua wajib datang kan?”

Aku mengambil beg aku yang besar gedabak tu untuk di bawa masuk ke dalam kem. Gila jauh nak berjalan ke tempat kem tu. First time aku mendaki sebegini jauh. Aiya!

“ Bersemangatlah sikit. Aku jamin kau akan rasa seronok. Ini pertama kali kan kau datang kem ni?”

Aku hanya menganggukkan kepala. Penat! Dengan kena heret beg yang besar ni lagi. Takkan cikgu tak boleh tolong bawa beg ni masuk ke dalam kem? Cikgu! Saya tak mampu sebab saya tak ada tenaga. Ceh! Melebih pula kau ni Ainnie. Kenapa kali ni kau kurang bersemangat? Selalunya kaulah orang yang paling bersemangat untuk ke kem mencabar macam ni.

“ Aku dengar cikgu kata bukan sekolah kita ja ada dekat sini. Dua buah sekolah lain pun ada.”

Aku hanya mendiamkan diri. Tak bestlah macam ni. Kenapa sekolah lain pun ada?

“ Bila nak sampai ni?” Rungutku dengan tak ada tenaganya lagi.

“ Tu. depan tu je lagi.”

Aku memanjangkan leher memandang ke hadapan. Wah! Dah nak sampai. Baik aku cepat. Nanti aku boleh minum banyak-banyak.

“ Aku pergi dulu!”

Tanpa menghiraukan Qila aku terus berjalan cepat ke arah kem. Sampai mengah dibuatnya. Biarkan! Yang penting aku dapat minum air dulu!

“ Amboi… Yang kalut sangat ni nak ke mana?” Tegur Cikgu Zahir.

“ Saya dahaga cikgu. Saya boleh minum kan?” Termengah-mengah aku bertanya dekat cikgu.

“ Minumlah. Duduk dulu. Nanti baru kamu bawa beg masuk ke dalam khemah.”

Sebaik sahaja aku mendengar cikgu Zahir kata macam tu. terus aku mencapai satu cawan yang berisi air itu. rakus aku meneguk. Kalah orang yang tak minum dua hari. Teruk betul kau ni Ainnie.

“ Minumlah slow-slow. Nanti tersedak.”

Ternyata teguran mengejut itu berjaya buat aku tersedak.

“ Uhuk!”

Aku menepuk dadaku kuat. Habis merah muka aku. siapa yang memandai tegur aku secara mengejut tu?

“ Sorry. Kan saya dah kata.” Aku toleh ke belakang. Aik? Siapa ni? bila aku tengok baju sukan dia. aku buat muka faham. Budak sekolah lain rupanya.

“ Siapa suruh sergah saya macam tu.”

Aku kembali minum. Hilangkan rasa tersedak tadi. Teruk juga aku tersedak ni ha.

“ Awak mesti daripada sekolah Sri Muda Penaga kan?”

Aku hanya menganggukkan kepala.

“ Saya dari Ipoh. Dekat-dekat dengan kem ni je.”

Huh? Kenapa tiba-tiba sekolah daripada Ipoh datang join sini juga? Apa agenda cikgu? Cewah!

“ Selamat berkenalan.”

Aku tersengih tepi. Amboi..

“ Selamat berkenalan juga. Oh lupa. Lain kali jangan buat orang macam tu lagi ye kalau tak nak tengok saya masuk hospital gara-gara tersedak. Terima kasih.”

Dengan selambanya aku beredar daripada situ. Huh! Geram! Baru selangkah aku melangkah, aku terdengar tawa halus daripada dia. Ceh! Gelakkan aku la tu. sabar je lah.

**
“ Baiklah. Saya akan masukkan setiap seorang ke dalam kumpulan. Tak ada pilih-pilih sendiri ye.”

Bahu Qila aku cuit. Aku tak senang hati betullah. Bukan sebab cikgu nak bahagikan kumpulan. Tapi sejak daripada tadi aku perasan ada orang perhati aku. yes! Aku rasa diperhatikan.

“ Kenapa?”

“ Kenapa aku rasa ada orang perhati aku ha?” Soalku tapi mata tetap pandang cikgu.

“ Siapa?” Qila pandang sekeliling.

“ Manala aku tau. Kau janganlah tengok macam tu. nanti dia perasan.” Halangku tapi masih bersikap selamba.

“ Aku tau siapa.” Qila tersenyum dalam diam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience