Bab 8

Romance Completed 16643

BAB 8

‘’Kau jangan ganggu aku lagi! Dah berapa kali aku kata yang aku tidak mahu hidup dengan kau lagi! Sila move on!’’ tengking Lyana di hujung talian.

Ini bukan kali pertama dia terpaksa berhadapan dengan pujuk rayu Azim yang mahu rujuk semula dengannya.

Sudah tiga hari dia berada di kampung, tolak dengan gangguan Azim, secara dasarnya dia sudah tenang dan dapat menerima kenyataan yang dia kini bergelar janda.

Mana mungkin lagi dia dapat mengecap kebahagiaan.

Siapa yang mahukan janda sepertinya, jika ibu dan bapanya tak henti-henti berleter sukar menerima kenyataan bahawa satu-satunya anak perempuan mereka kini bergelar janda, dirundung perasaan malu dan segan pada orang kampung bagaimana pula agaknya penerimaan orang ramai terhadapnya nanti

Namun bagi Lyana dia tidak kisahkan dengan pandangan prejudis dan skeptikal orang lain.

Apa yang dia tahu, dia kini sudah bebas dari semua kesakitan dan kekecewaan. Dia kini boleh tidur dengan tenang.

Sudah tidak perlu dia menanti bila waktu pulang Azim yang sering memanjang mesyuarat, sudah tidak perlu dia seperti cacing kepanasan melekat dengan handphone call dan menanti panggilan atau mesej dari Azim apabila telefon suaminya itu tidak dapat dihubungi kononnya bertugas di luar kawasan.

Bunyi notifikasi handphone menghentikan lamunannya. Lyana mula rasa rimas dia tahu ini mesti mesej dari Azim. Apa lagi mesej-mesej ugutannya kali ini. Lyana cuba mengumpul kekuatan. Dicapainya handphone lalu mesej dibuka.

‘’Woi betina! Aku ni Farah. Kau tak sudah-sudah kacau bakal suami aku apahal? Tak habis-habis lagi kah kau nak mengemis kasih sayang dengan bekas laki kau tu? Kalau dia taknak kau tak payah nak merayu-rayu! Kau ingat aku tak tahu yang kau tak henti-henti telefon abang Az nak rujuk balik?’’

Meruap-ruap kemarahan wanita tersebut tapi itu tidak setanding kalau nak dihitung dan ditimbang dengan kemarahan Lyana yang bak gunung berapi.

Dia cuba mengawal api kemarahannya.. cuba bersabar.

Tidak! Dia tidak mahu terus dipijak dan diganggu segera dicapainya handphone dan didailnya beberapa nombor wanita. Dia perlukan ‘sokongan’.

Akhir sekali dia perlukan bodyguard, segera didailnya nombor lelaki tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience