Bab 10

Romance Completed 16643

?BAB 10

‘’Kau tak payah nak putar belitlah Lyana! Haritu aku dah sanggup nak bermadu dan jadi bini kedua, kau jual mahal taknak dan minta cerai, sekarang bila kau dah diceraikan talak tiga kau terhegeh-hegeh nak rujuk balik pula! Aku percaya apa yang laki aku cakap! Kau ni memang betina tak sedar diri!’’ jerit Farah.

Ya Rabbi kalau dia ni adik aku, ada yang aku ikat di pokok atau bagi penampar. Lyana menggeleng-geleng seakan tidak percaya dengan apa yang didengarnya.

‘’Aku kagum dengan kau ni, kau memang ada ciri-ciri pasangan yang bagus sebab percaya bulat-bulat apa yang lelaki ni cakap. Laki? Sorry bila masa dia ni jadi suami kau? Setahu aku kamu berdua belum bernikah lagi lepas ditangkap khalwat haritu. Terhegeh-hegeh? Siapa yang datang ke rumah aku ajak mak bapa berkampung depan rumah merayu-rayu minta aku benarkan kamu berdua berkahwin? Aku bersyukur diceraikan talak tiga sebab aku tak nampak logik untuk terima lelaki ni, kau memang sesuai dengan Azim, sepadan! Azim memang perlukan perempuan yang percayakannya bulat-bulat jadi senang untuk dia bodohkan kau terus! Aku tak sesuai jadi isterinya, tak cukup bodoh!

‘’Yang buat kamu berdua sepadan, dulu kau terhegeh-hegeh cium tangan aku merayu sanggup hidup bermadu sekarang ni biadab tak tahu malu maki hamun sedangkan kau betina perosak rumahtangga orang, kau sesuai dengan Azim yang sanggup curang dan ego melangit ceraikan isteri dia dengan talak tiga diihadapan perempuan simpanannya dan kemudian menyesal terhegeh-hegeh macam orang bodoh ganggu bekas isterinya siang dan malam merayu nak rujuk semula! Kau nak tahu apa yang lagi kasihan? Dia buat semua tu tanpa pengetahuan perempuan simpanannya iaitu kau Farah!’’ pedas ayat Lyana sampai buat mulut Farah terlopong dan Azim tunduk malu.

Lyana menunjukkan mesej-mesej yang dihantar oleh Azim kepada Farah.

‘’Kau boleh tak berhenti dari buat macam ni? Bukan main lagi kau berani sekarang tunjuk taring ya? Sebab jantan dalam kereta tu ka?’’ tanya Azim pada Lyana sambil memandangku yang sedang menghirup curut sambil posing ala-ala Al-Pacino.

‘’Aku masih tak puas hati, mesti kau ada buat sesuatu kat Azim sampai desak dia hantar mesej macam ni, aku tak percaya,’’ walau dihidang dengan lambakan bukti depan mata Farah masih enggan percaya.

‘’Sudahla Azim, aku dah malas nak bertekak dan nak tunjuk bukti yang macam mana lagi dengan kau Farah, mungkin kau akan percaya dari mulut orang lain agaknya,’’ ujar Lyana.

Tiga orang wanita datang menghampiri mereka.

‘’Azim, aku rasa aku tak perlu kenalkan dorang bertiga ni pada kau kan? Kau dah cukup kenal luar dan dalam mereka kan?’’ mata Azim seakan terjengil keluar melihat kehadiran tiga wanita di hadapannya.

‘’Farah, perkenalkan Izzaihan, Stefani dan Aly. Mereka bertiga ni ‘kenalan’ rapat Azim sama macam mana kau rapat dengan bekas suami aku ni. Bezanya dorang tak kantoi dengan sampai ditangkap khalwat. Kebetulan dorang ada banyak benda nak cakap dengan Azim memandangkan dah lama tak dapat cari Azim, aku harap kamu berdua tak ganggu hidup aku lagi,’’ Lyana beredar berjalan masuk ke kereta meninggalkan Azim, Farah dan tiga ‘Sidekick’ Azim yang sepertinya sudah tak sabar nak memuntahkan caci maki.

Tanpa sedar aku menguntum senyuman pada Lyana, bangga kerana dia akhirnya bijak mengawal emosi dan menyelesaikan konfrontasi dengan cara paling ‘bad ass’.

‘’Konselor, saya lapar, apakata kita pekena prosperity burger?’’

Dalam pada aku cuba untuk tampak cool di hadapan Lyana, aku tak dapat menahan diri dari senyum melihat gelagat Lyana yang riang seperti budak belasan tahun. Beberapa minit yang lalu aku baru melihat muka perempuan paling bengis macam singa berdepan dengan saat-saat genting dan kini perempuan tu bertukar jadi Hello Kitty dan teringin nak makan prosperity burger? Okay yang tu lawak. Kau memang brutal Lyana!

“Penat menyinga tadi agaknya, tu yang terus lapar kan?’’ perli ku.

Lyana mengerlingkan matanya dan tidak lama kemudian menguntumkan senyuman sambil menutup mulutnya, malu. Senyuman yang paling manis pernah ku lihat dan aku memang suka cara orang senyum malu sambil tangan menutup wajah. Ada sesuatu yang ayu dan seksi dengan reaksi wanita yang senyum sebegitu. Eh kenapa jantung aku berdegup laju?

‘’Setahun sekali makan tak salah kan? Dah hujung tahun macam ni tak salah makan prosperity burger, siapa tahu kisah hidup di tahun depan sama signifikan macam burger tu kan?’’ seloroh Lyana.

Hari itu adalah kali pertama kami duduk makan prosperity burger bersama-sama dan selepas itu, selepas enam tahun bersama, aku sudah tak dapat kira berapa kali kami makan menu yang sama dan belum masuk lagi menu-menu pelik di café hipster pilihan Lyana.

Jangan salah faham, aku tak maksudkan prosperity burger yang saban tahun dijamah itu menjadi petua kebahagiaan rumahtangga kami.

Apa yang aku mahu katakan adalah, mencintai seseorang memang perlukan komitmen yang pada asasnya adalah kepercayaan dan menghormati antara satu sama lain. Kau perlu pastikan yang kau mahu memiliki seseorang bukan saja disebabkan fitrah kau sebagai manusia yang dicipta untuk hidup berpasang-pasangaan tetapi kau perlu tanya diri kau berkali-kali untuk pastikan kau mencintai seseorang adalah disebabkan dirinya, semua tentangnya yang bisa melengkapi kau, baik segala kesempurnaan dan kekurangannya.

Bila kau sudah melihat semua kekurangan itu dan ikhlas juga bersedia menerimanya, maka apa yang tinggal untuk kau lihat adalah kesempurnaan. Pastikan kau mencintai dan menerimanya dari segenap sudut sebelum kau burn out dan memberikan harapan palsu bukan saja pada dia tapi pada dirimu sendiri lalu jadi sebab hubungan terputus di tengah jalan.

Lyana tidak sempurna, dia punya masa silam yang kau semua sudah tahu dan sehingga kini perangainya masih lagi kebudak-budakkan (dengan aku saja) namun semua tentangnya sempurna dan berdua lebih baik.

TAMAT.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience