Bab 2

Romance Completed 16643

BAB 2

Pintu dibuka oleh si manis yang sedang bermasam muka, rasionalnya mengatasi emosi. Dia menjengeilkan matanya kepadaku tetapi tidak pula kepada Aminin.

Aku mengeluh sendiri, haihhh asyik-asyik aku saja yang kena. Kenapa dia tak Tarik muka masam, sergah atau menjengil dengan Aminin?

Kami tidak berkata apa-apa sehingga tiba di rumah.

Ain menunggu di muka pintu. Anak-anak Aminin pun belum tidur lagi. Mereka menjerit-jerit menyambut kepulangan Aminin dan makcik mereka, Lyana. Tak sangka aku, segarang-garang Lyana yang macam singa betina ni, ramai juga peminatnya.

Aminin ke masjid meninggalkan kami bertiga dengan anak-anak. Aku menyuruh anak-anak Aminin menonton TV dri ruang tamu yang satu lagi.

‘’Baiklahlah, mari kitaa berbincang macam orang dewasa,’’ ujarku menepuk tangan cuba menceriakan keadaan.

Ain sudah siap siaga duduk di kusyen tapi Lyana masih diam membatu enggan berganjak masih beridri di situ.

‘’Kenapa kau perlu buat begitu kat aku? Aku hanya mahu menumpang sementara berfikir dan cari ketenangan, bukan untuk dikasihani. Aku masih boleh menjaga diri sendiri, aku tidak perlu bergantung hidup pada orang lain,’’ panjang lebar Lyana berbicara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience