Bab 9

Romance Completed 16643

BAB 9

‘’Awak tunggu sini, apa jadi awak cuma diam saja okay. Saya nak selesaikan semua hari ni juga!’’

‘’Bagaimana kalau ada sesuatu terjadi pada awak? Contoh rambut awak kena tarik atau awak kena balun macam kes video minah Kelantan yang viral kat internet tu? ‘’ tanyaku pada Lyana.

‘’Eh kalau sampai ke tahap macam tu awak keluarlah selamatkan saya, bertindak ikut keadaan bukan awak pula yang beria-ria rakam video dan viralkan nanti! Haisshh!’’ Lyana mengeluh sambil mencebik lalu keluar dari kereta dan berjalan ke arah kelibat lelaki dan wanita yang sedang bersandar di kereta hadapan menantinya.

Aku tak pernah melihat wanita tersebut tapi yang aku pasti lelaki yang sedang berdiri dengan wajah penuh keresahan itu adalah Azim. Kulihat Azim berkali-kali cuba menenangkan wanita yang berdiri di sebelahnya. Aku andaikan wanita itu adalah teman wanita Azim, Farah.

Eh bagaimana aku kenal Farah? Aku baru kenal dua jam tadi kerana Lyana tidak henti-henti menyebut dan memaki hamun wanita tersebut.

Aku sebetulnya tak mahu masuk campur, tapi kalau hati lelaki aku cool dan sempoi ini pun boleh jadi panas bila baca mesej Farah yang menggertak dan memaki hamun Lyana, bagaimana pula dengan Lyana yang memang baran tu kan?

Zaman sekarang ramai betul yang tidak sedar dan cermin diri.

Aku perhatikan mereka bertiga, mereka masih saling bercakap, walaupun ada beberapa gerak tubuh yang seakan provoke sesama mereka namun dari pemerhatianku keadaan masih terkawal.

Aku cari siaran radio cuba mencari lagu latar yang sesuai untuk ‘drama’ yang sedang terjadi di depan mataku ini. Tapi tiada satu lagu yang sesuai semuanya lagu yang mengajak kau berdansa ke Zouk.

Arghh lagu-lagu zaman sekarang banyak yang merepek!

Aku buka tingkap, sambil memerhatikan mereka aku perlu menghirup udara segar dan perlu hisap sebatang dua rokok.

Seraya aku mendengar Farah melenting dan memaki hamun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience