Bab 4

Romance Completed 16643

BAB 4

Lyana ketawa menghilai.

‘’Derhaka? Kau tu yang jahil sangat, Azim. Aku bukan bini kau lagi, kau faham tak? Kau pergilah pada perempuan tu, aku nak tengok kau boleh dapat atau tidak isteri yang taat seperti yang kau idam-idamkan itu.’’

Azim menoleh kepadaku pula.

‘’Ohh cepat sungguh kau cari jantan lain ya Lyana!’’

Aku menelan-nelan liur. Tiba-tiba aku berada dalam satu saat genting di mana aku perlu memegang peranan ‘jantan lain’ dan ini ku kira satu peranan penting.

Aku mengukur-ukur si Azim. Sungguhpun dia kecil daripada aku, sekali dihayunkan penumbuk kat aaku mahu koma gamaknya aku nanti. Aku menoleh kepada Lyana, mengharapkan dia memberi penjelasan kepada Azim.

Wah wah, penjelasan Lyana unik dan kreatif sungguh.

Dia menarik-narik rambut Azim sambil memekik-mekik.

‘’Aku tak pernah jumpa manusia yang macam kau ni! Engkau yang buat salah berani pula kau menuduh aku buat perangai jijik macam kau!’’

BUKK

Satu tumbukan kuat singgah tepat di muka Azim.

Azim memegang pipinya.

‘’Celaka kau Lyana!’’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience