Bab 5

Romance Completed 16643

BAB 5

‘’Kau yang celaka, Azim!’’ Lyana tersenyum puas.

Aku tergamam, seumurr hidup aku, tak pernah lagi aku melihat seorang perempuan menumbuk seorang lelaki.

Begitu kuat tumbukan itu, sumpah, aku tak pernah melihatnya hatta dalam drama di TV!

Kini barulah aku percaya bagai apa yang dikatakan oleh kumpulan Elite, ‘’Rasakan kuasa, tamparan wanita!’’.

Hari ini Azim ni bukan sahaja merasa kuasa tamparan bahkan dibagi lebih dashyat, tumbukan padu wanita!

Aminin berdehem di muka pintu.

Dia baru pulang dari masjid. Semua mata tertumpu kepadanya. Azim yang mula-mula sekali bersuara.

‘’Abang Am, Lyana ni sudah melebih-lebih, kali ini ditumbuknya saya pula!’’ adu Azim.

‘’Kau tu yang lebih Azim,’’ Aminin menegur lembut.

‘’Kau jalin hubungan dengan perempuan lain sedangkan kau suami orang, tak cukup dengan tu kau sudah terlanjur. Sekarang kau tidak boleh lagi rujuk dengan Lyana kecuali selepas dia…’’

‘’Tak mungkin! Tak mungkin!’’ Lyana mencelah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience