Bab 7

Romance Completed 16643

BAB 7

Lyana berdiri dan mendekati Ain.

‘’Saya faham kak Ain, saya faham sangat dengan persahabatan kita ini. Tapi buat masa ini saya elum bersedia untuk menjadi seorang yang benar-benar matang. Biarlah saya hidup seorang diri berdikari.

Lyana menoleh kepadaku.

‘’Terima kasih ya Kaunselor!’’

‘’Eh apa pulak? Saya tak buat apa pun,’’ ujarku.

‘’Minta maaf kalau ada terkasar bahasa,’’ tutur Lyana sekali lagi.

‘’Hey tak ada apalah,’’ kalau orang dah minta maaf apa lagi yang perlu ku katakan?

‘’Kak Ain, tolong apply cuti kecemasan, saya nak balik ke kampung berehat untuk beberapa hari ni,’’ pinta Lyana.

Ain hanya mengangguk tanda faham.

Semasa Lyana menaiki tangga, Ain berkata sesuatu kepada Lyana.

‘’Lyana, kalau satu masa nanti kau berubah fikiran, kami masih di sini. Aku masih mahu berkeluarga dengan kau,’’ luah Ain lembut.

Kali ini Lyana tersenyum sengih.

‘’Ya, saya akan ingat apa yang telah kakak katakana pada saya,’’ balas Lyana lalu beredar.

Aku meminta izin untuk beredar. Aminin dan Ain berkali-kali mengucapkan terima kasih kepada aku.

25 minit perjalanan pulang dari rumah Aminin, dan sepanjang masa itu aaku bertanya diri sendiri apakah motif kehadiranku di tengah-tengah krisis rumaahtangga orang tadi? Apakah yang telah aku sumbangkan?

Dan sepanjang tempoh itu juga aku kepalaku tidak henti dari memikirkan wajah Lyana.

Dia garang tapi manis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience