Bab 6

Romance Completed 16643

BAB 6

‘’Pergi dari sini Azim sebelum nahas kau aku kerjakan,’’ gertak Lyana seakan sudah hilang kewarasan.

Azim memandang Aminin seakan cuba meminta sokongan tetapi Aminin hanya memegang bahu Azim dan mengarahkannya ke pintu memintanya untuk beredar segera.

‘’Perkahwinan bukan soal main-main, Azim. Abang harap kau dapat ingat perkara itu sampai bila-bila.’’

Azim memandang Lyana dengan mata kesal. Kemudia dia menjengil memandangku pula dan beredar dari situ.

Kalau ikutkan hati mahu saja aku jerit padanya yang dia tak perlu risau, aku takkan berani nak sentuh atau kacau jandanya yang garang macam T-Rex ni, tetapi entah kenapa kurasa suaraku sekan tersekat di kerongkong.

Lyana termenung di kusyen.

‘’Betul kata abang Aminin, tindak tanduk kami berdua selalu tidak cukup matang dalam perhubungan rumahtangga. Saya sendiri selalu saja terburu-buru dan tidak matang, tetapi saya tidak menyesal melepaskan geram tadi. Seakan-akan hilang semua rasa yang terbuku, hati dah lega,’’ujar Lyana.

Ain mula bersuara. Kali ini ada nada memujuk pada tiap patah perkataan yang dituturnyaa.

‘’Lyana, aku tak pernah simpati atau kasihankan kau Na, aku tahu kau boleh jaga diri sendiri. Kau jangan salah faham dengan tindakanku ya,’’.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience