Chapter 7

Short Story Series 3852

Malam itu Aira menunggu Hakim pulang namun kelibatnya pun tidak kelihatan dalam rumah itu sehinggalah ke pagi. Aira tertidur di sofa ruang tamu dengan mata yang bengkak. Aira tersedar saat telefonnya berdering. Dengan lesu dia menjawab panggilan tersebut "Puan Aira ke?" tanya orang disana. "Iya saya,ini siapa ya? Ada apa saya boleh bantu?" tanya dia hairan.

"Saya inspektor Faiz,saya nak maklumkan yang suami puan Encik Hakim terlibat dalam kemalangan dan sekarang berada di hospital" tersentap hatinya mendengar khabar itu dan dia terus bersiap untuk bertemu suaminya. Dalam hati berdoa semoga suaminya baik-baik sahaja. Walaupun hatinya terluka dengan peristiwa semalam,namun dia menolak ke tepi sebentar demi suaminya yang dia cinta.

Masih cintakah dia kepada suaminya? Kenapa hatinya terasa seakan tawar? Apa kerana peristiwa semalam telah memudarkan rasa cinta dihatinya buat lelaki yang bernama suami? Mungkinkah kerana peristiwa semalam cinta yang disulam bertahun-tahun lamanya lenyap begitu sahaja. Dia tidak ingin tahu apa rasa hatinya sekarang,dia hanya ingin cepat sampai ke hospital untuk bertemu suaminya.

Saat dia membuka pintu,dia melihat suaminya tengah lena dengan kaki yang bersimen. Alhamdulillah doktor mengatakan suaminya hanya patah kaki dan keadaannya sudah stabil. Dia menarik nafas lega,namun entah mengapa saat memandang wajah suaminya rasa sakit hatinya kembali menghurung perasaan. Cukup terkesan kata-kata suaminya itu sampaikan saat suaminya terlantar begini dia masih tidak mampu untuk memaafkan suaminya.

Aira menghembuskan nafas berat,apa akan jadi dengan mahligainya ini. Mimpi yang selama ini menjadi kenyataan. Pahit sungguh rasanya untuk ditelan saat mengetahui suaminya punya wanita lain selain dia. Tengah dia melayan perasaan,terdengar suaminya menyebut "Ara... Ara.." hancur hatinya saat mendengar nama perempuan lain yang disebut Hakim. Bukan dirinya lagi yang menjadi keutamaan. Sedangkan dalam keadaan tidak sedar pun Hakim masih menyebut nama perempuan itu.

Aira membiarkan sahaja,tidak kuasa dia ingin mengejutkan suaminya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience