Chapter 1

Short Story Series 3852

Jam loceng berbunyi menandakan sudah pukul 5 pagi. Dia harus bangun untuk mandi dan solat subuh dan terus bersiap untuk ke pejabat. Aira mencapai tuala yang tergantung dan terus menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Seusai dia keluar dari bilik mandi Aira terus menuju ke katil untuk mengejutkan suaminya Hakim.

"Abang,bangun mandi lepas tu solat subuh". Diam tidak bergerak. 'Ni yang aku malas ni bila kejut buat tak tahu lepas tu kang lambat aku juga kena marah' bebel Aira dalam hati. "Abang,bangunlah! Saya nak solat ni kang lambat terlepas subuh". Hakim mengeliat tanda sudah sedar. "Urmmm dah bangun ni. Pergilah solat dulu". Aira terus menunaikan kewajipannya malas menunggu suaminya yang tah bila nak bangun dari katil.

Aira terus ke dapur untuk membuat sarapan. Dia hanya membuat roti bakar dan di sapu dengan kaya. Suaminya jarang sarapan dirumah bila disuruh Hakim baru dia buatkan sarapan kalau tidak dia hanya buat ala kadar sahaja. Untuk tekak sendiri tak apa.

Sampai di pejabat Aira tak berlengah terus buat kerja yang banyak tertangguh semalam. 'Kena buat cepat ni nanti bos bising malas nak dengar dia membebel' bisik hatinya. Aira ke pantri untuk buat air milo tetiba ingatannya terus kepada mimpinya semalam. "Kenapa aku kerap sangat dapat mimpi macam ni ye? Walaupun mimpi yang berbeza tapi maksudnya lebih kurang". Aira bercakap seorang diri memandangkan hanya dia yang berada disitu.

"Hoi,cik kak!" Sergah Maya dari belakang. "Kau membebel apa seorang-seorang ni? Aku tengok kau asyik termenung aje. Kau ada masalah dengan Hakim ke? Hakim ada perempuan lain ke?" Tekaan Maya membuatkan muka Aira berubah. " Kenapa kau cakap macam tu? Kau ada nampak Hakim dengan perempuan lain ke?" Tanya Aira dengan berdebar.

"Ishh kau ni Aira aku tanya je lahh. Aku tak ada nampak Hakim dengan mana-mana perempuan pun". Maya merupakan teman seperjabat dan juga merupakan sahabat baiknya. Mereka selalu bertukar pandangan dan bergosip bersama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience