Chapter 3

Short Story Series 3852

Hari minggu seperti biasa Aira akan kemas rumah,siram pokok bunga dan kalau terlebih rajin dia akan basuh kereta. Hakim juga sama sepertinya cuti sabtu ahad dihabiskan dirumah atau ke pasar beli barang sahaja.

Namun dia sedar sejak kebelakangan ini suaminya kerap keluar tidak kira hari cuti,hari biasa pun sama. Selalu balik lambat,katanya meeting dengan client. Entah betul entah tidak dia sendiri tidak pasti. Mungkin suaminya bosan kerana mereka sehingga kini masih tidak memilik zuriat walaupun sudah 4tahun mendirikan rumahtangga.

Siapa yang sudah berkahwin tidak ingin punya zuriat,semua orang ingin. Namun rezeki belum berpihak padanya. Allah s.w.t adalah sebaik-baik perancang,Dia akan beri bila tiba waktu yang tepat. Aira yakin itu. Sedang dia khayal melayan perasaannya,Hakim datang mendekati dan berkata "Abang nak keluar sekejap,jumpa dengan budak-budak ni. Mungkin balik malam,awak tak payahlah masak banyak-banyak. Abang makan diluar saja".

Aira diam sahaja,kalau ditegah pun suaminya tetap keluar. Kalau ada anak boleh main dengan anak,ni duduk tengok tv seorang sajalah nampaknya. Aira sudah lali dengan tinggal sendirian memandangkan Hakim sering outstation.

Mindanya berfikir baik keluar dengan Maya,shopping ke jalan-jalan ke lagi best dari duduk memerap kat rumah. Dia tersenyum lantas berjalan masuk ke rumah untuk telefon Maya. Baru saja mahu mendail nombor Maya,dia terlebih dahulu telefon.

"Assalamualaikum Maya,kau macam tahu je aku nak call kau. Panjang umur kau ye" kata Aira. "Waalaikumusalam,ooo yeke? Kau call aku nak cakap pasal apa?" tanya Maya. "Aku nak ajak kau keluar pergi shopping ke makan-makan ke jalan
-jalan ke,aku bosanlah duduk rumah. Hakim dah keluar dengan kawan dia,bukan nak pelawa aku. Balik-balik kena tinggal juga aku ni" sedih bunyi suara Aira.

"Aku memang nak ajak kau keluar pun,jomlah bersiap. Nanti aku jemput kau,senang naik 1 kereta sahaja" balas Maya. "Okay,aku siap sekarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience