Chapter 5

Short Story Series 3852

Sehingga malam Aira terus menanti Hakim pulang,saat jam menunjukkan pukul 11 malam terdengar deruan kereta. Hatinya berdebar mahu bertanya,matanya bengkak dek lama menangis. Hakim masuk ke rumah dan melihat Aira duduk menonton televisyen namun terlihat kerutan pada keningnya. Cerita apa agaknya dilayan Aira sehingga berkerut dahi.

Hakim tidak menyapa isterinya,terus sahaja menaiki tangga dan terus ke bilik. Aira terasa sedih dan dia baru sedar semenjak akhir ini dia dan Hakim jarang berkomunikasi. Entah apa puncanya dia sendiri tidak tahu. Makan tidak lagi semeja,namun bukan pintanya tapi kerana Hakim jarang berada dirumah. Aira menutup televisyen dan terus ke tingkat atas untuk bersemuka dengan suaminya.

Terdengar curahan air dari dalam bilik air,Aira duduk di tepi katil sambil menunggu Hakim selesai mandi.Kedengaran getaran dari telefon suaminya dan dia penasaran. Saat melihat nama Ara di telefon suaminya,dia lantas membaca kiriman pesanan itu. Berdegup laju jantungnya saat membaca kiriman dari perempuan bernama Ara ini. "Sayang,thanks sebab happykan Ara hari ni. Ara rasa bahagia sangat disamping sayang. I love you honey".

Kiriman itu sudah cukup untuk membuktikan bahawa adanya wanita lain dalam hati suaminya. Hancur luluh hatinya dan dia menangis tersedu-sedu. Saat itu Hakim baru selesai mandi dan dia pelik melihat isterinya menangis teresak-esak di tepi katil. "Awak dah kenapa ni? Papa dengan mama okay tak?" tanya Hakim kerana baginya tiada yang mampu membuat Aira menangis sampai begini selain ibu bapanya .

Tanpa dia sedar sebenarnya dialah penyebab hati isterinya hancur berkecai. Aira menyerahkan telefon bimbit kepada suaminya lantas berkata "Explain to me now". Hakim pelik dan bila dia melihat kiriman itu terus berubah wajahnya. Dia memandang wajah isterinya dan berkata "Abang...abang...minta maaf sayang". Hanya itu yang mampu diucapkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience