Chapter 9

Short Story Series 3852

"Mana Ara ni,dari tadi aku call. Tak jawab-jawab pun. Marahkan aku lagi ke? Ni semua pasal perempuan mandul ni laa". Hati Aira menangis bila mendengar perkataan yang keluar dari mulut suaminya. Aira menolak pintu dan meletakkan bubur di atas meja sebelah katil. Aira berdiri memandang suaminya dengan pandangan yang sayu.

Dia merasakan sudah cukup sampai sini saja tahap kesabarannya. Dia sudah penat. Penat melihat sandiwara suaminya bersama perempuan lain. "Saya ada benda nak bincang dengan awak ni." Aira berkata perlahan. "Saya dah fikir masak-masak,saya rela undur diri." Aira diam seketika mengumpul kekuatan. "Tapi izinkan saya jaga awak sehingga awak sembuh,lepas tu nanti kita boleh bawa haluan masing-masing. Saya penat Hakim.. Saya penat bila hanya saya sahaja yang berusaha untuk selamatkan hubungan kita tapi awak.. Yang awak fikir hanya dia saja.

Nampak sangat saya ni tak ada nilai langsung dalam hidup awak. Tak guna kalau hanya satu pihak yang berusaha. Saya undurkan diri saya walau saya tahu benda tu paling sakit,saya rela." Aira menangis teresak-esak. "Saya minta maaf sebab tak mampu jadi isteri yang sempurna di mata awak,saya tak mampu melahirkan zuriat awak. Saya buat awak rimas dengan saya,buat awak tertekan dengan sikap saya. Saya janji sepanjang saya jaga awak,saya hanya akan masuk ke bilik untuk hantar makanan,bagi ubat dan mandikan awak sahaja.

Saya takkan ganggu awak,saya tahu awak tak suka tengok muka saya. Saya harap awak bersabar di akhir-akhir hubungan kita. Kalau awak nak cepat tinggalkan saya,awak kena cepat-cepat sembuh. Saya janji,bila awak dah boleh jalan sendiri saya sendiri akan pergi tinggalkan rumah ni. Saya janji dengan awak Hakim." Panjang lebar Aira bersuara kerana dia betul-betul letih.

Letih untuk bertahan pada sesuatu yang dia tahu akan roboh jua akhirnya. Hakim diam seribu bahasa,entah kenapa dia merasa sedih dengan janji isterinya. Adakah ini pengakhiran yang dia inginkan? Tapi kenapa dia merasa takut bila Aira menyatakan dia akan pergi nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience