Chapter 6

Short Story Series 3852

"Maaf? Sayang? Huhh.. Berapa ramai perempuan yang abang panggil sayang? Kenapa abang sanggup buat Aira macam ni? Apa salah Aira?! Kenapa curang dengan Aira?! Kenapa?!" Aira menjerit sekuat hatinya untuk mengurangkan rasa sakit hatinya walaupun dia tahu tak akan mungkin hilang.

Hakim diam dengan rasa bersalah yang bersarang dalam hatinya. Dia tidak mampu untuk berkata apa pun kerana dia tahu semuanya salah dia. Dia yang berlaku curang. "Kenapa abang diam? Cakaplah!!" Hakim terkejut dengan tengkingan isterinya lantas berdiri. "Abang rahu abang salah,tapi Aira sedar tak apa dah jadi dengan rumahtangga kita ni?

Aira pernah fikir tak yang abang bosan dan jemu tunggu anak dari Aira! Kawan abang semua dah kahwin ada anak,tapi kita? Abang ajak pergi jumpa doktor Aira tak nak,entah-entah Aira dah tahu Aura ni mand...."Hakim tidak jadi meneruskan kata-katanya.

"Abang nak cakap apa? Aira ni mandul?! Ni semua takdir Allah bang,kalau Dia kata belum maknanya belum. Kenapa abang mesti cari yang lain sedangkan Aira ada sentiasa dengan abang. Aira cintakan abang seorang tapi abang sanggup menduakan Aira. Entah dengan betina mana abang keluar entah-entah pelacur!

PANGGG !!! "Kau kalau tak kenal dia jangan pandai-pandai nak tuduh. Kalau kau nak tahu dia tu lagi cantik dari kau,lagi baik dari kau. Kalau kau tak izinkan pun aku tetap akan menikah dengan dia. Itu keputusan muktamad aku. Kalau kau tak suka,terpulang kau nak buat apa. Aku tak kisah langsung,pandai-pandailah jaga diri. Aku dah muak dengan kau,aku rimas. Perangai kau buat aku meluat dengan kau yang tak boleh nak bagi aku zuriat,kau tak sedar ke diri kau tu kat mana?

Aku malas nak cakap panjang lebar kau sendiri faham". Seusai Hakim bersuara dia terus keluar dari rumah. Aira terduduk dan meraung,tegar sungguh suaminya berkata sedemikian. Suaminya berubah seratus peratus,laindari sebelumnya. Paling dia tidak boleh lupa suaminya menggelarnya mandul. Dugaan apa ini ya Allah,semoga aku kuat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience