Chapter 4

Short Story Series 3852

Mereka menuju ke kedai Secret Recipe,masing-masing memilih kek dan terus duduk. Sambil borak-borak,dari dalam kedai Maya terlihat seseorang yang dia kenal. Terdiam dia seketika lalu memandang Aira dengan pandangan yang berbeza. Aira dapat menangkap pandangan itu dan bertanya "Kau kenapa pandang aku macam tu? Kek kau basi ke ape?"

"Aira......." Maya tidak sanggup untuk meneruskan percakapannya dan hanya memandang objek diluar yang baginya sudah keterlaluan. Aira terus menoleh kebelakang kerana dia perasan dari tadi anak mata Maya terus-terusan memandang ke luar. Saat matanya memandang tepat ke arah seseorang yang sangat dikenalinya,matanya terbuka luas sama seperti mulutnya.

"Ya Allah,Maya. Hakim dengan siapa tu? Dia peluk pinggang perempuan tu,kau nampak tak Maya? " Aira terus berpaling dan kembali memandang Maya dengan air matanya. "Dia curang dengan aku Maya. Dia ada perempuan lain belakang aku,dia tipu aku hidup-hidup Maya". Aira terus menekup mukanya dan menangis.

Maya segera menenangkan Aira,dan saat matanya kembali memandang lelaki itu. Mereka sudah pun beredar. Sakit hatinya melihat situasi tadi,apatah lagi hati sahabat karibnya merangkap isteri kepada lelaki tadi musnah sepenuhnya. Sampai hati Hakim buat Aira macam ni,apa kurangnya Aira. Semoga Aira diberi kekuatan untuk ujian berat ni.

Keluar sahaja dari gerai Aira terus meminta Maya untuk menghantarnya pulang. Perasaannya berkecamuk,dia buntu apa yang patut dia lakukan sekarang. Lelaki yang satu-satunya dia cintai sanggup menduakannya. Lelaki yang dia anggap akan bersama dia sehingga hujung nafas telah menipu dirinya. Apalagi daya dia setelah lelaki yang dia cinta menerima wanita lain dalam hidupnya selain dari dia

Sampai dirumah,suaminya masih belum pulang. Mesti tengah berseronok dengan perempuan tu. Apa akan jadi dengan mahligai yang dibina atas nama cinta ini? Apa akan robohkah ia dibadai ombak yang tiba-tiba datang tanpa disangka? Sungguh dia tidak kuat untuk itu,dia takut jika begitu adalah pengakhirannya. Namun siapa dia untuk menidakkan takdir jika Dia sudah menulis begitulah ceritanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience