Chapter 10

Short Story Series 3852

Seperti biasa Aira mengetuk pintu bilik Hakim dan menghantar sarapan. Sejak Aira menyatakan yang dia rela berundur,mereka sudah tidur berasingan. Aira melihat Hakim nyenyak tidur,timbul idea nakalnya. Dia mengambil pen di atas meja dan bermain-main dengan hujung hidung suaminya. Hakim menggaru-garu hidungnya yang tiba-tiba gatal. Sekali lagi Aira mainkan pen tersebut dan tak disangka Hakim menangkap tangannya dan dia menjerit kuat kerana terkejut.

Hakim menutup telinganya dan tergelak besar. Aira terus berdiri. "Saya ingat awak belum bangun lagi,awak saja ya nak kenakan saya?" "Saya dah bangun lama dah tunggu awak tak masuk-masuk. Saya dah lapar ni,awak masak apa?" tanya Hakim sambil menjenguk dulang yang diletak atas meja itu. "Semalam awak yang nak nasi lemak,so saya masak nasi lemak je hari ini".

"Mesti sedap,tapi saya nak awak suapkan boleh?" pinta Hakim. Aira pelik dengan kelakuan suaminya. "Saya Aira tau bukan Ara,awak mamai lagi ke ni?" tanya dia hairan. Pelik sungguh dia ni dah nak berpisah tapi nak manja-manja pula. "Saya tak mamailah,salah ke saya nak isteri saya suapkan?" Aira diam,mungkin Hakim ingin habiskan waktu terakhir mereka sebagai suami isteri. Lantas dia terus menyuapkan nasi ke mulut Hakim,suaminya makan dengan berselera

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience