BAB 10

Romance Completed 14141

Aku menaiki teksi menuju ke rumah Aaron. Saat aku turun dari teksi, aku terkejut melihat rumah banglo yang besar milik keluarga Aaron. Wah…besar giler. Aku membawa bubur dan buah-buahan untuk Aaron. Aku terus menekan punat lonceng rumahnya. Tiba-tiba pintu pagar besarnya terbuka perlahan. Seorang Mak cik Tua berjalan ke arahku.

“ Assalamualaikum Mak cik.” sapaku.

“ Waalaikumsalam. Anak ni siapa dan nak cari siapa?” soal Mak cik itu.

“ Saya Zulaikha Sufya. Apa betul ini rumah Encik Aaron Lutfee?” soalku.

“ Oh..inilah Cik Zulaikha rupanya. Manis sekali orangnya.

“Tak adalah Mak cik..saya biasa-biasa jer. Saya datang ni nak melawat Encik Aaron.” Jawabku.
“ Oh…baik hatinya Cik Zulaikha. Silalah masuk.”

“ Terima kasih Mak cik.” Mak cik itu membawa aku masuk ke dalam rumah Aaron Lutfee. Aku sudah ternampak kelibat Aaron yang sedang baring di sofanya. Nampaknya dia masih belum ternampak aku.

“ Lutfee..ni hah..ada orang nak jumpa kamu ni.” ujar Mak cik tua itu. Aaron pantas memandang ke belakang.

“ Siapa ma?” soal Aaron. Apa? Mak cik ni mama Aaron. Aku tak sangka pula yang mama Aaron ni tak macam Datin-Datin yang aku bayangkan. Simple jer mama dia ni..baik pulak tu. Alangkah terkejutnya Aaron saat menoleh ke belakang. Terus sahaja dia menarik selimut yang berada di atas mejanya untuk menutup badannya yang hanya memakai baju singlet putih. Lantas aku menoleh cepat ke belakang. Malunya…

“ Mak Mah, tolong ambilkan Lutfee baju t-shirt!” jerit Aaron. Habis merah padam muka Aaron. Aaron tak sangka pulak yang Zulaikha akan melawatnya. Sudahlah..Aaron terpaksa menahan rindu sebab tak dapat nak masuk kerja selama tiga hari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience