BAB 13

Romance Completed 14141

Majlis Pernikahan Ozeer Amafri &Hanan Nadira…

Tibalah majlis perkahwinan kawan baik aku, Hanan bersama Ozeer. Aku sangat gembira untuk mereka berdua. Aku mengemaskan tudungku supaya nampak lagi anggun. Aku sudah berjanji dengan Aaron untuk memakai baju warna sedondon dengannya.

“ PONNNNN!!!” Bunyi kereta Aaron sudah berbunyi untuk menjemputku.

“ Zulaikha!! Tu hah..Aaron dah sampai tu. Cepatlah..jangan biarkan dia tunggu lama-lama.” Laung emakku.

“ Tak apa lah mak. Aaron tu dia sanggup tunggu Ad berapa lama punya. Yer la…dah bertahun Aaron memendam perasaan suka pada aku sejak sekolah menengah lagi. Bayangkan..dah berapa tahun tu. Nasib baik jodoh kami kuat. Dengan takdir Tuhan, aku telah bekerja di syarikatnya. Tak ada lah…nak sombong. Cuma..aku rasa terharu sangat dengan keikhlasan Aaron kepada aku. Zaman moden sekarang ni mana ada lagi lelaki yang sanggup tunggu perempuan bertahun-tahun lamanya. Tapi..yang aku tahu cuma insan yang bernama Aaron Lutfee bin Ariz Lutfee saja yang sanggup tunggu Zulaikha Sufya.” Ucapku sendirian.
Aku segera menyalam tangan emakku. Lalu aku masuk ke dalam kereta Aaron. Aku senyum padanya.

“ Cantik awak hari ni.” puji Aaron.

“ Terima kasih. Awak pun nampak segak hari ni.” pujiku. Kami berdua ketawa bersama-sama.

Oh ya! Sebenarnya, kami ni dah bertunang. Selepas jer sesi luahan perasaan hari tu, minggu depannya, keluarga Aaron terus jer datang merisik aku. Lagi satu, dorang Hanan dan Ozeer tak tahu lagi ni hubungan kami ni. kami nak buat surprise pada dorang. Ini semua idea Aaron. Dia kata dia nak bagi kejutan pada Ozeer. Sebab Ozeer dah sembunyikan hubungan cintanya dulu masa bercinta dengan Hanan.

Akhirnya..sampai juga kami ke rumah pengantin perempuan. Tak lama lagi majlis akad nikah akan bermula. Kami berdua berjalan beriringan masuk ke dalam rumah pengantin perempuan. Kelihatan pengantin lelaki sudah duduk di hadapan tok kadi. Pengantin perempuan pula sudah pun duduk di atas kusyen yang dihiasi dengan renda manik-manik yang berkilau-kilau. Cantik sungguh Hanan hari ini. Ozeer pun apa kurangnya. Aku duduk bersimpuh di sebelah pihak pengantin perempuan. Aaron pula duduk di sebelah pihak penganti lelaki.

“ Aku terima nikah Hanan Nadira binti Mohd Nadzim dengan mas kahwinnya sebanyak RM2000 tunai.” Lafaz Ozeer kepada Tok Kadi. Dengan sekali lafaz, Hanan kini sudah sah menjadi milik Ozeer Amafri.” Hanan menitiskan air mata kegembiraan. Aku memeluk bahunya.

Usai sudah majlis pembatalan air sembahyang dan majlis menyarungkan cincin, tibalah masanya untuk sesi bergambar.

“ Hanan!! Tahniah. Selamat Pengantin Baru for both of you.” Ucapku pada Hanan dan memeluknya.

“ Thanks Ad. Aku gembira sangat hari ini.”

“ Well bro! Congratulations..and Selamat Pengantin Baru juga buat kamu berdua.” Ucap Aaron.

“ Thanks man.”

“ Sayang! Ini Aaron Lutfee ker?” soal Hanan tiba-tiba. Aku memandang Aaron dan senyum padanya.

“ Yes..this is Aaron Lutfee.” Kenal Ozeer pada isterinya.

“ Wait! I smell something fishy here. Look…both of them are wearing the same colour?” ujar Ozeer tiba-tiba.

“ Aaron, kau jangan bilang yang kau dah luahkan perasaan kau pada Zulaikha?” soal Ozeer yang tertanya-tanya.

“ Yup! We are happily enganged now. And..we are getting married end of this year. Surprise!!!!” Aaron dan Zulaikha ketawa bersama-sama. Kami berdua bersama-sama menunjukkan cincin tunang kami kepada mereka berdua yang tercengang.

“Zulaikha Sufya! Aku gembira sangat yang kau dah jumpa lelaki yang boleh bahagiakan kau. “ ucap Hanan.

Kami semua ketawa bersama-sama. Akhirnya, aku dapat juga memiliki cinta yang selama ini aku tunggu.Dan ia lebih bermakna bila insan yang kau cintai itu turut mencintai dan menerima kau apa adanya. Sungguh keihkhlasan itu juga penting dan menjadi intipiati utama dalam sesebuah perhubungan.
Smoga saja hubungan ini akan berkekalan sehingga ke hembusan nafas terakhir dan bertamu semula ke Jannah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience