BAB 12

Romance Completed 14141

“ PANGG!!!” Berguguran pinggan yang berisi buah-buahan itu. Bunyi itu mengejutkan perbualan Aaron bersama dengan Mamanya.

“Zulaikha!!” luah Aaron. Mama Aaron juga turut terkejut. Ini bermakna Zulaikha oasti sudah mendengar segala perbualannya bersama anaknya tadi.

“ Aaron! Betul..apa yang mama awak cakap tadi?” soal Zulaikha.

“Zulaikha..let me explain first. Awak duduk dulu.”

“ Heh! Kalau macam tu, saya minta maaf. Saya balik dulu. Assalamualaikum Mak cik.” Zulaikha terus keluar dari rumah itu.

“ Lut..apa yang kamu buat ni? Cepatlah! Luahkan isi hati kamu yang sebenarnya! Pergi kejar dia!” ucap Mama.

Aaron berlari keluar pergi mendapatkan Zulaikha yang sedang menunggu teksi.

“Zulaikha!!” jerit Aaron. Tapi, Zulaikha tidak menoleh ke arah suara itu. Aaron segera mendekatinya dan memegang lengan kiri Zulaikha. Serta merta Zulaikha terpusing behadapan dengan Aaron.

“Zulaikha Sufya, sudikah awak menjadi puteri hidupku untuk hari-hari yang akan mendatang?” luah Aaron penuh romantis. Air mata yang ditahan Zulaikha akhirnya tumpah juga. Zulaikha sebenarnya berasa geram akan sikap Aaron sebenarnya. Rupanya selama ini Aaron sudah lama memendam perasaan padanya tetapi oleh kerana sikap pemalunya itu, Aaron tidak berani untuk meluahkannya.

“Zulaikha Sufya saya ulangi sekali lagi. Sudikah awak menjadi puteri yang akan menyinari hidupku untuk hari-hari yang akan mendatang?” luahnya sekali dengan yakin. Zulaikha mengangguk tanda setuju. Zulaikha juga sebenarnya sudah mula menaruh perasaan sejak Aaron menyelamatkannya hari itu. Entah kenapa sejak dia diselamatkan oleh Aaron dari kemalangan itu, tidurnya tak lena, makannya tak kenyang cuma mandi memang basah lah. Orang kata kalau ada sindrom sebegini, memang dah kena panahan cinta ni.

“ Betul? Awak setuju?” soal Aaron yang melonjak gembira.

“ Ya! Betul Aaron Lutfee. Saya sudi menjadi puteri awak untuk selamanya.” Luah Zulaikha. Datin Alisa yang melihat dari dalam rumah sangat gembira kerana anaknya sudah berjaya mendapatkan cinta hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience