BAB 11

Romance Completed 14141

Usai Aaron memakai t-shirt putihnya, barulah Mama Aaron menjemputku duduk di ruang tamu. Aaron masih menunduk malu. Zulaikha pula tiba-tiba tersenyum bila mengingatkan kejadian tadi. Aaron sempat melihat senyuman yang sudah lama dinantikannya daripada Zulaikha. Hari ini Aaron sungguh bertuah kerana dapat melihat senyuman manis daripada Zulaikha

“ Ehm..ehm..Mama ke dapur dulu. Mama nak buat minuman dulu. Zulaikha berbuallah dulu dengan anak Mak cik yang pemalu ni.” usik Mama Aaron kepada ku.

“ Mama! “ panggil Aaron pada mamanya yang sudah meninggalkannya berdua bersama dengan Zulaikha.

“ Encik Aaron, apa khabar? Macamana dengan bahu Encik? Dah sihat ker?” soalku memulakan bicara.

“ Tak payah la nak berencik-encik. Kita bukan dekat pejabat. Panggil jer saya Aaron. Saya dah okey. Bahu pun dah boleh gerak sikit-sikit.” Jawabnya.

“ Alhamdulillah. Saya sebenarnya nak minta maaf sangat dengan Enci..Aaron sebab saya awak jadi macam ni.”

“ Tak apa la. Benda nak jadi. Lagipun, saya kebetulan lalu di situ hari tu. Kalau saya tak ada siapa la yang nak selamatkan puteri saya ni.” Tanpa sedar Aaron menuturkan sesuatu yang membuatkan hati Zulaikha tiba-tiba berdegup kencang.

“ Apa? Puteri? Apa maksud awak?”

“ Err..yer ker..saya ada sebut puteri?”

“ Ehm..entah. Kot saya salah dengar yer. Tak apa lah. Ni saya ada sediakan sikit bubur dan buah-buahan untuk awak. Cubalah rasa.” Aaron mengukir senyum. Zulaikha terpana dengan senyuman itu. Lantas, Aaron mengambil bekas bubur itu dan membukanya. Aaron menyuapkan bubur itu ke dalam mulutnya.

“ Ehm..boleh tahan.” Puji Aaron.

“ Yer la tu. Itukan cuma bubur jer. Biasa-biasa jer.” Tanpa sedar, mereka berdua sedang diperhatikan oleh mama Aaron yang berada di dapur. Mama Aaron sangat gembira bila melihat anak terunanya itu bahagia di samping gadis yang disukainya. Aaron pernah memberitahunya bahawa dia sedang menyukai seseorang tetapi tidak tahu cara untuk meluahkannya. Agaknya inilah gadis yang disukai oleh anaknya itu.
Usai sudah habis Aaron makan bubur itu, Zulaikha mengemaskan bekas bubur itu untuk dibawa ke dapur.

“Zulaikha, saya nak cuci dulu bekas bubur ni. Lepas tu baru saya potongkan buah-buahan ni.” Zulaikha berlalu ke dapur. Mama Aaron senyum pada Zulaikha lalu keluar ke ruang tamu sambil membawa hidangan minuman untuk Zulaikha.

“ Lutfee..mama nak tanya sikit ni.”

“ Apa dia ma?”

“ Ini ker gadis yang Lutfee suka?” Aaron hanya mengangguk tanda mengiyakan. Mama Aaron senyum.

“ Mama suka dia. Cepat-cepatlah Lutfee pikat dia. Mama dah tak sabar nak dapat menantu ni. Lagipun, kamu kan dah lama memendam perasaan suka pada Zulaikha. Sejak di bangku sekolah lagi. Cuma kamu tu jer yang malu nak luahkan perasaan kamu tu. Baik kamu luahkan sekarang bila dah ada di depan mata. Nanti melepas kat tangan orang lain, kamu juga yang rugi.”

“ Lut..malu la mama nak luahkan perasaan Lut pada dia. Lut takut nanti dia tolak cinta Lut. Lagipun, Lut tak rasa yang dia akan suka pada Lut. Dahlah Lut ni pemalu.”

“ Ish…apa pula kamu cakap macam tu. Belum cuba belum tahu tau. Cuba Lut beranikan diri Lut.”

Tanpa sedar, rupa-rupanya perbualan mereka selama ini sudah didengari oleh Zulaikha. Tiba-tiba…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience