BAB 4

Romance Completed 14141

Usai sudah dihidangkan makanan dan minuman, Ozeer pula membuka ceritanya.

“ Aaron, aku nak bagitahu kau sesuatu ni. Tentu kau terkejut.”

“ Apa dia?”

“ Aku nak kahwin!”

“ Hah!!!! Biar betul kau ni?” serius Aaron terkejut. Tak sangka pulak dia yang Ozeer ni sudah ada buah hati walaupun selalu sibuk keluar outstation.

“ Tengok…kau dah terkejut. Serius…aku akan kahwin lagi 2 bulan.”

“ Fuhhhh….aku tak sangka kau dah ada buah hati. Asal kau tak cakap kat aku. Siapa dia? Aku kenal ker?”

“ Huh.!!!! Kau ni soalan boleh tahan juga. Hilang terus sifat pemalu kau tu.”

“ Apa la kau ni. Cepatlah cakap..siapa dia?”

“ Ok. Nama dia Hanan Nadira binti Mohd Nadzim. Umur dia sebaya dengan kita. Kerja dia sebagai pembaca berita utama dekat Stesen RTM..aku sebenarnya dah..”

“ Wait! Kau jangan kata yang Hanan Nadira ni satu sekolah dengan kita..dan dia ni kawan baik kepada Zulaikha Sufya?” soal Aaron yang tertanya-tanya.

“ That’s right! Ingat juga kau yer..” jawab Ozeer.

“ Macamana kau boleh bercinta dengan dia pulak? Setahu aku waktu kita di zaman sekolah dulu, kau tak pernah pun cerita pasal dia? Jangan kau dah syok dekat dia masa kita zaman sekolah dulu yer?”

“ Tak ada lah…aku terserempak dengan dia di syarikat minyak aku tiga bulan lepas. Dia ada tugasan nak buat laporan tentang syarikat minyak aku. So, dia nak buat temuramah dengan aku. Then, lepas tu kitaorang pun tukar-tukar nombor telefon sampailah kita orang nak buat keputusan untuk berkahwin dua bulan lagi. Aku tak nak cerita kat kau lagi sebab belum confirm kan.”

“ Oh…..pandainya kau simpan rahsia. Mungkin..dah memang jodoh kau kot dengan dia walaupun kau jarang berjumpa dengan dia di sekolah dulu.”

“ Well..Bro..lepas ni kau la pulak. Aku tahu kau masih menyimpan perasaan dekat Zulaikha kan. Sebabnya aku tak sengaja ternampak kertas resume Zulaikha kan dekat atas meja kau tadi? Dah lama juga kau suka dalam diam dekat Adirana tu kan. Sejak kita sekolah menengah lagi. ” Riak muka Aaron terus berubah malu.

“ Weii!! Apa yang kau cakap ni hah? Kertas resum tu bukan dia seorang jer la yang minta kerja dengan aku, ada ramai lagi. Tadi tu, aku cuma pilih secara rawak jer nak baca sekali lagi resumu orang yang nak minta kerja dengan syarikat aku. Kau jangan nak buat andaian yang tak munasabah.”

“ Ala…kau ni malu tapi mahu. Tak apa kau jangan risau. Waktu aku kahwin nanti, sure bakal isteri aku jemput dia. Masa tu, kau cuba lah pikat dia. Kata Hanan, dia masih single lagi..cuma sikap dingin dia jer belum berubah.”

“ Ish…kau ni ada-ada jer. Oklah..aku dah siap makan ni. Aku nak balik ke syarikat aku dulu. Aku gerak dulu. Nanti, kalau ada apa-apa hal, kau call jer aku.” Aaron berlalu pergi meninggalkan Ozeer . Ozeer tahu yang sebenarnya Aaron masih memendam perasaan sukanya kepada Zulaikha. Ozeer masih ingat lagi sewaktu zaman sekolah dulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience