BAB 8

Romance Completed 14141

Sudah hampir sebulan aku bekerja di sini, tapi aku jarang-jarang terserempak dengan si Aaron tu. Bukan apa..aku cuma tak puas hati jer. Aku nak tanya dia sesuatu. Adakah dia satu sekolah denga aku dulu? Kalau yer…apasal dia macam pura-pura tak kenal aku? Ker dia takut nak cakap dengan aku.

Ala…aku lupa pula nak ambil bahan dekat bilik Rekaan tu. Ehm…ada masa lagi ni sebelum jam 5.00 petang. Baik aku ambik bahan rekaan dulu, esok baru aku siapkan lukisannya. Aku keluar dari bilikku dan pergi ke bilik rekaan utama untuk mengambil bahan rekaan. Aku melangkah masuk ke dalam. Aku mencari-cari bahan rekaan yang ku perlukan.

“ Hah…itu dia. Alamak…tingginya. Macamana aku nak ambik tu.” Bahan rekaan yang ku perlukan sudah ada di depan mata tetapi bahan rekaan itu ada di atas almari. Soalnya macamana aku nak ambil. Kang aku ambik, tak pasal-pasal aku jatuh tergolek. Tak apa…kau cuba dulu Zulaikha. Kau boleh!!” ucapku sendiri.
Aku cuba mencapai kotak tersebut dengan jariku. Aku menaikkan sedikit kakiku untuk mencapai kotak tersebut. Ah…rasa-rasanya dah kena bucu kotak tu..aku cuba..aku cuba lagi dan……

“ Ahhhhhhhhhhhhhh!!!” Habis semua bahan rekaanku terjatuh ke bawah. Tapi yang hairannya kenapa aku tak rasa sakit bila bahan rekaan tu sepatutnya jatuh ke belakangku. Aku membuka mataku. Aaron Lutfee?
Apa dia buat kat sini? Hah..dia yang selamatkan aku?”

Aaron segera bangun dan menghulurkan tanggannya untuk Zulaikha. Tetapi Zulaikha pintas bangun sendiri. Bahu Aaron terasa sakit sangat tapi cuba ditahannya di depan Puteri Dinginnya ini. Dia tidak mahu dipandang lemah oleh Zulaikha.

“ Aaron..awak tak apa-apa ke? Awak ada luka ke? Mari saya bawa awak ke klinik.” Aku terus memegang lengan kanannya dan memapahnya keluar dari bilik rekaan itu. Walaupun dia tidak mengadu kesakitan, tapi aku tahu dia sedang menahan kesakitan. Tipulah,kalau tak sakit bila sebuah kotak berat menghempap belakang kita. Aku sudah dilanda risau.

Aku mengambil beg tanganku lantas aku memapah Aaron keluar dari syarikat itu. Tapi..masalahnya..aku masih belum ada kereta. Macamana aku nak bawa dia ni? Tiba-tiba, Aaron menghulurkan kunci keretanya padaku. Lantas aku mencapainya dan membukakan pintu kereta untuk Aaron. Aku terus memandu ke klinik yang berdekatan.

“ Nurse..tolong saya. Bos saya ni cedera. Sebuah kotak berat tadi menghempap kat belakang bos saya.” Luahku cemas padanya.

“ Baik Cik. Cik duduk dulu yer. Biar Doktor yang rawat bos Cik ini.” Aaron telah dibawa ke dalam bilik kecemasan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience