BAB 7

Romance Completed 14141

Hari ini aku gembira sangat sebab aku dah dapat kerja. Yes…akhirnya aku berjaya juga nak kerja di situ. Minggu lepas, aku telah dihubungi oleh pihak Syarikat Lutfee Designs yang aku telah diterima masuk bekerja di sana. Syukur Alhamdulillah.

Aku melangkah masuk ke dalam syarikat itu. Aku menuju ke bahagian rekaan dalaman syarikat itu. Seorang wanita yang berumur dalam lingkungan 30-an membawa aku masuk ke dalam bilik Pengurus Besar syarikat itu. Tanganku sudah sejuk semacam. Rasanya, macam waktu kena interview hari tu pula. Aku melihat seoranglelaki sedang duduk membelangkangi aku. Wanita itu keluar dari bilik itu setelah memberitahu lelaki itu akan kehadiranku.

“ Assalamualaikum Encik.” Ucapku padanya. Lelaki itu memusingkan kerusinya ke arahku.

“ Waalaikumsalam. “ Jawabnya. Suara tu…aku macam pernah dengar. Aku dan lelaki itu saling memandang antara satu sama lain. Agak lama sebelum..lelaki itu berdehem.

“ Duduk.” Arahnya.

“ Aaron Lutfee!!” luahku tibatiba. Lelaki itu terkejut.

“ Saya Aaron Lutfee. Kenapa? Cik kenal saya ker?” Aaron pura-pura berlagak tenang. Padahal..hatinya berbunga-bunga saat Zulaikha menyebut namanya. Akhirnya..Adrian ingat padanya juga.

“ Ehm..tak juga. Tak ada apa-apa lar. Maaf Encik Aaron. Saya tak sengaja.” Ucapku malu. Aaron mengukir senyum. Suka pulak dia melihat wajah kalut Zulaikha sekarang ni. Bagai hilang sikap dinginnya pada Aaron.

“ Oh..ingatkan awak kenal saya tadi. Tak apa. Baiklah..Cik Zulaikha Sofea..tahniah mulai hari ini awak akan bekerja di sini sebagai Ketua Pereka Hiasan Dalaman syarikat kami. Baiklah, kalau tak ada sebarang pertanyaan, Cik Zulaikha boleh pergi melihat bilik yang disediakan untuk Cik Zulaikha.”

“ Wati..masuk sekejap.” Arah Aaron kepada setiausahanya.

“ Ah…Wati..sila bawa Cik Zulaikha ke bilik Ketua Pereka Hiasan Dalaman.” Arahnya. Aku bangun lalu keluar dari bilik itu.

Aku melabuhkan punggungku untuk duduk di kerusi ku. Aku memerhatikan ruangan bilikku yang direka seba moden ini. Memang kena gayanya dengan Syarikat Lutfee Designs yang sememangnya terkenal dengan sentuhan-sentuhan rekaan dalaman yang berkualiti tinggi. Tiba-tiba, fikiranku kembali kepada Aaron Lutfee.

Aku kenal dia tapi kenapa dia macam tak kenal aku atau dia pura tak kenal aku. Aduhai…kenapa la aku boleh minta kerja kat sini. Dalam banyak-banyak syarikat, syarikat nijuga yang aku pilih. Tapi, sumpah aku memang tak tahu yang si Aaron tu pengurus besar kat sini. Terpaksalah..aku bekerja dengan pesaing aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience