BAB 3

Romance Completed 14141

8 tahun kemudian…

Hari ni aku akan ditemuduga oleh salah sebuah syarikat yang terkemuka di Kuala Lumpur ini. Aku rasa bangga sangat kerana apa yang ku impikan telah menjadi kenyataan. Aku sudah menamatkan pengajian ku di UKM dan kini aku dipanggil temuduga sebagai Pereka Hiasan Dalaman di Syarikat Lutfee Designs. Harap-haraplah aku berjaya. Hanan seronoklah..dia dah dapat jadi pembaca berita di RTM. Hanan tu memang sejak di bangku sekolah lagi sudah berangan-angan nak jadi pembaca berita. Akhirnya impiannya memang sudah tercapai.

Aku menyarungkan baju kurung moden cotton berwarna pink lembut. Shawl berwarna pink ku padankan agar senada dengan baju kurung ku.

“ Mak..Ad pergi dulu. Doakan Ad berjaya dalam temuduga ya Mak.” Ucapku pada Makku. Emak aku ni seorang suri rumah sepenuh masa. Ayah aku pulak seorang guru besar di sebuah sekolah rendah.

“ Baik-baik Ad kalau nak jawab soalan mereka tu nanti. Ingat…tenangkan diri dulu sebelum menjawab. Mak harap Ad berjaya temuduga tu nanti.”

“ InsyaAllah..Amin.” Aku menyalam tangan kedua orang tua ku.

Akhirnya aku tiba juga di Syarikat Lutfee Designs. Wah…tingginya bangunan dorang ni. Tentu best kalau dapat kerja sini kan. Bismillahirahmanirrahim..aku melangkah masuk ke dalam syarikat itu.

“ BOOP!!!” Aku terlanggar dengan seseorang. Hai…kenapalah kau gementar sangat ni Zulaikha Sufya. Tengok..apa sudah jadi. Kau dah langgar orang ni Ad. Baik ko minta maaf cepat.

Baru saja aku ingin meminta maaf, terus sahaja lelaki itu berlalu meninggalkan aku di lobi syarikat. Aku belum sempat lagi nak minta maaf pada lelaki itu. Takkan itu alamat tak baik kot. Aish!!! Apa yang fikir ni Ad…tak baik fikir macam tu. Ok..Ad..masa untuk temuduga dah nak dekat ni. Baik aku pergi naik atas dulu. Lepas aku temuduga nanti, baru la aku cari lelaki yang berkaca mata itu.

“ Cik Zulaikha Sufya!” panggil seorang wanita yang agak moden penampilannya.

Aku berdiri dan menuju ke bilik temuduga. Gementarnya aku…ya lah ini first time aku temuduga ni. Aku melangkah masuk ke dalam bilik temuduga. Sejuk semacam jer. Aku dapat melihat tiga orang penemuduga yang sedang rancak berbincang. Seorang wanita tua dan dua orang lelaki. Tapi…kenapa lelaki tu macam aku pernah lihat ya sebelum ni? Berkaca mata…bersut hitam?

“ Silakan duduk Cik Zulaikha Sufya.” Jemput wanita tua itu. Terus terhanti lamunanku. Aku duduk di tempat yang di sediakan. Tanganku sudah mula sejuk dingin.

“ Baiklah. Cik Zulaikha boleh memperkenalkan diri sekarang.” Ucap seorang lelaki tua.

Aku menjelaskan semua latar belakang ku kepada mereka. Kelihatan semua penemuduga itu berpuas hati dengan penjelasan ku. Usai sudah ditemuduga, aku pun diminta keluar. Katanya, jika aku diterima, aku akan mendapat panggilan daripada pihak mereka. Semoga dapatlah aku kerja ini.

Aaron Lutfee merenung resume seorang pemohon kerja yang berada di atas mejanya itu. Hatinya tiba-tiba gembira. Fikirannya mula mengenangkan saat pertama kali mereka berjumpa di ruang lobi pagi tadi sejak beberapa tahun tidak berjumpa. Senyuman Aaron tidak lekang di bibir sejak pertemuan itu tadi. Cuma, Aaron berasa gementar kerana bimbang kejadian sewaktu di zaman sekolah dulu berulang kembali. Sebab itu, Aoran membuat keputusan utuk beredar dari situ dengan segera.

“Tuk!!!!” pintu bilik Aaron di ketuk.

“ Masuk.” Arah Aaron.

Ozeer masuk ke dalam bilik Aaron. Ozeer merupakan kawan baik Aaron sejak di bangku sekolah lagi. Cuma, Ozeer bekerja di syarikat minyak. Kadang-kala saja Ozeer akan ke sini jika Ozeer tidak pergi outstation.

“ Hello Bro!” sapa Ozeer.

“ Ehm… Ozeer. Duduk lah.” Ajak Aaron.

“ Jom kita lunch. Aku dah lama tak keluar lunch dengan kau ni. Lagipun, aku ada banyak nak cerita dekat kau ni.”

“ Ai…lain macam jer bunyinya. Kenapa? Nak kahwin ker?” usik Aaron.

“ Kalau nak tahu, jom lunch sekarang.” Ozeer mengajak Aaron. Tiba-tiba, mata Ozeer tertancap pada sekeping kertas resume yang berada di atas meja Aaron. Wajah di dalam gambar itu seperti pernah dilihatnya sebelum ini.

“ Hah! Apa lagi kau dok tercengang tu. Kata nak cepat tadi. jomlah..” Ozeer terpaksa membiarkan persoalan yang bermain di benak fikirannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience