Gadis yang telah dilanggarnya bukanlah seorang gadis biasa.Dia mempunyai bisnes sendiri walaupun masih diusia muda.
Qayyum menggerakkan skrin telefon kebawah dan membaca satu persatu maklumat yang telah dinyatakan.
"Adriana Zulaikha Ilhan atau lebih dikenali sebagai Aurora Alexandra yang merupakan usahawan yang berjaya dalam bidang perniagaan nombor satu di United Kingdom dan Eropah.Dia mula dikenali setelah menjadi model,pelakon dan penyanyi solo di South Korea.Dia mempunyai hampir 30 filem dan drama yang telah dilakonkan serta 12 buah lagu yang telah menjadi perhatian ramai menerusi Instagram miliknya.Dia telah memenangi anugerah pelakon paling popular pada tahun 2019-2021.
Terangguk-angguk Qayyum ketika membaca artikel tersebut.
Dato' Khairul baru sahaja balik dari pejabat lalu menyapa anaknya yang duduk di sofa ruang tamu..
Mika buat apa tu?macam sibuk je?kata Dato' Khairul duduk di sebelah anaknya.
Tak de apa² lah. Mika saja je nak tengok pasal projek baru kita dengan Emerald Holding ni.
Erm.. malam ni ada night ceremony kat Garden Hotel tu..Boleh tak kalau Mika yang wakilkan papa sebab Nazril ada tournament bowling kat Shah Alam, so kenalah bawa dia pergi sana dengan mama kamu.
Boleh la pa. No problem semua masalah biar Mika yang settle. Nanti kalau ada apa² papa call Mika tau.. Dato'Khairul tersenyum.
9.00 MALAM (SABTU)
"THE GARDENS HOTEL & RESIDENCES"
QAYYUM telah membersihkan diri dan memakai sut berwarna biru gelap dipadankan dengan tali leher berwarna hitam. Dia telah bersedia untuk ke majlis makan malam untuk meraikan kerjasama bersama EMERALD EMPIRE HOLDING.Dengan mamandu kereta 'Bugatti Chiron Pur Sport' dia terus membelah jalan raya yang agak sunyi.
Setelah tiba di hotel,dia disambut oleh kedatangan sahabat baiknya yang telah menunggunya di lobi.Qayyum dan Adam berjabat tangan. 'lama sampai bro?' sampuk Qayyum yang membetulkan tali lehernya.
'Tak de lama sangat.Dalam 15 minit macam tu!'
alang² kau dah sampai jom masuk, Adam menarik Qayyum untuk masuk.
Setelah sampai di meja yang disediakan bersama Adam, Qayyum dikejutkan dengan kedatangan seorang gadis yang memakai sut berwarna putih dan dipadankan dengan kasut berwarna hitam dengan rambut perang yang diikat.
Gadis itu duduk di meja bersebelahan dengan Qayyum. Gadis itu nampak tenang dan tidak kekok untuk bersama dengan tetamu khas yang lain yang ingin mengambil gambar dengannya.
Qayyum yang berputih mata melihat senyuman manis gadis itu segera menoleh kearah lain apabila Adam melihat gelagat sahabatnya. Lantas Adam bertanya 'Kau ok tak ni?, tanya Adam prihatin.
Bro, Aku rasa dah jumpa bidadari dari syurga la..
tanpa sedar kata itu terucap dari mulut Qayyum.
°BERSAMBUNG°
Share this novel