CHAPTER 17: SIAPA ALLEN??

Romance Series 3077

"Hello, papa ada kat mana? Mika nak jumpa kejap boleh?"

"Ya boleh, papa ada kat padang golf dengan kawan papa ni. Kalau nak jumpa, Mika kena datang sini.."

Ok papa..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mata perlahan terbuka..
Jari digerakkan..
Dinding putih dipandang..
Hanya bunyi mesin kedengaran..

Pintu dibuka dari luar, terlihat seorang wanita berpakaian putih. "Aden, dah sedar? How are you?" kata doktor wanita itu.

Tiada kata-kata yang terucap. Hanya air mata menemani diriku saat ini. Tiba-tiba kepala terasa sakit.. Satu memori mula hadir tanpa dipinta..

•POV•
"Mummy kita nak pergi mana?"

"Kita pergi jalan-jalan nak tak? kalau sempat mummy bawak pergi jumpa daddy."

Wow, bestnya.. kalau macam tu Allen nak pergi beli aiskrim kat sana la..

Ok Allen, hati-hati tau. Mummy tunggu kat sini.

Jangan lari sayang.. Eh, Allen pusing balik ada kereta tu.. Allen tunggu mummy.. Allen... Allen... Allen...
•END•

"Argh..
Allen jangan tinggalkan mummy!!"
Suara jeritan itu mengejutkan Doktor Jasmin yang memeriksa pesakit di bilik sebelah. Kaki laju melangkah masuk ke bilik yang menempatkan Aden kerana keadaan dia diluar kawalan. Doktor wanita itu menyuntik ubat penenang pada lengannya. Penglihatan gelap, bayangan Allen semakin lama, semakin hilang.

"Aunty macam mana keadaan Aden?"

"Setakat ni keadaan dia dah stabil, tapi aunty nak minta tolong jangan bawa mama kamu datang sini. Aunty tak nak dia risau, lagi satu tolong jangan bagitahu Allen mummy dia sakit.. Nanti mesti dia sedih sampai tak nak makan. Kalau nak kamu nak tengok Aden boleh je.. silakan masuk."

Pintu wad berlabel 'AURORA ALEXANDRA EMERALD' dibuka perlahan. Susuk tubuh yang dirindui selama ini terbaring lemah diatas katil. Tangan sejuk itu digenggam. Rambut keperangan diusap. Dahi kembarnya dicium berkali-kali untuk melepaskan rindu. Kata-kata terakhir sebelum kemalangan berlaku mula terlintas, 'LOVE YOU TOO. TAKE CARE YOURSELF'
sememangnya kata terindah ini akan terucap setiap kali mereka mengucapkan selamat tinggal.

"ASSALAMUALAIKUM"

Satu suara menyapa gegendang telinga. Kepala dipusingkan. Setelah melihat gerangan yang datang, pandangan dialihkan ke tempat lain. Keluhan berat dilepaskan.

"Aaron boleh papa nak cakap sikit?"

"Woi .. boleh tak jangan gelarkan diri kau tu 'papa' sebab kau tak layak dapat gelaran tu. lepas apa yang kau buat kat kami baru sekarang nak minta maaf ke? dah terlambat la brader. Cermin dulu diri kau sebelum nak berkata-kata ye. Maaflah kalau aku biadap, tapi kau memang layak pun dilayan macam binatang. Kau pergi balik sebelum aku belasah kau" Bila aku cakap balik, balik la tak payah nak jadi patung kat sini. Kau ni memang tak guna kan..

"AARON!! apa yang terjerit-jerit ni. Kau dah kenapa nak marah orang? tak boleh nak cool down sikit ke? Encik.. Encik tak apa-apa?" ujar Lucas iaitu sepupu kepada Aden.

"Maafkanlah dia ya!! Dia ni memang jenis yang panas baran. Mari kita minum kat cafe bawah ni.. saya belanja." Aaron hanya melihat dua figura itu pergi tanpa berkata apa-apa.


°BERSAMBUNG°

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience