Seminggu berlalu,
Aden sudah pulih sepenuhnya dan dibenarkan untuk bekerja tetapi mesti mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh Aaron semasa dia berada di hospital. Aaron masih risau akan keadaan adik kembarnya kerana ingatan adiknya masih tidak pulih sepenuhnya. Hanya beberapa perkara sahaja yang diingatinya seperti hal pekerjaan dan ahli keluarganya yang terdekat sahaja.
Matahari mula memancarkan cahaya. Tirai langsir dibuka. Katil dikemaskan sedikit. Tuala diambil lalu masuk ke dalam bilik mandi untuk membersihkan diri.
Aden lengkap berpakaian office. Dia melihat ke arah cermin untuk sentuhan terakhir. Perfume berjenama *ENCHANTEUR* disembur pada bahagian tubuhnya. Rambut disanggulkan dan dia bersedia untuk turun sarapan.
Jam dipakai di pergelangan tangan sambil menuruni satu persatu anak tangga. Aden menghidu masakan sepupunya Lucas iaitu nasi goreng kimchi. Dia terus mengambil tempat disebelah Aaron yang masih ralit dengan telefonnya. Sibuk sangat agaknya.. Aden segera menyuapkan satu sudu nasi goreng itu ke dalam mulutnya selepas selesai membaca doa makan.
"Sedapnya nasi goreng kimchi ni.. dah lama Aden tak makan." berselera sungguh Aden makan sampai bertambah-tambah nasi.
Lucas hanya tersenyum. Dia tahu sepupunya Aden ni kalau sakit memang minta makanan Korea, contohnya nasi goreng kimchi.
Aaron disebelah menggelengkan kepala melihat tingkah adiknya. Dia runsing memikirkan keadaan adiknya selepas ini jika dia telah pulang ke Korea. Selepas berbincang dengan Lucas semalam, akhirnya mereka bersetuju untuk mengahwinkan adiknya dengan sahabat lama Lucas. Lucas segera memberitahu kawannya bahawa dia ingin berjumpa di sebuah restoran tidak jauh dari rumahnya.Aaron hanya mengikuti segala perancangan yang telah ditetapkan oleh Lucas sepanjang dia masih bercuti di Malaysia. Mereka tidak mahu membuat Aden bertambah sakit jadi mereka merahsiakan perkara ini dari Aden.
7.30 PAGI
Hari ini Aaron yang akan menghantar Aden ke pejabat. Manakala Lucas diarahkan untuk berada dirumah sahaja dan membersihkan rumah. Lucas hanya akur, jika tidak sayang akan sepupunya memang tidak dia ingin melakukan semua kerja rumah itu.
"Kau ingat tau jaga dan bersihkan rumah ni.. jangan kau pulak yang bermaharajalela kat ruang tamu tu..Kalau kau tak buat apa yang aku suruh , balik nanti aku cepuk kepala kau." amaran tegas diberikan Aaron pada Lucas. Bukan dia tak tahu yang rumah Aden ni banyak pembantu rumah tapi dia mahu Lucas yang membuat kerja rumah itu. Sengaja nak membuli Lucas sepupunya kerana telah lama tidak berjumpa sejak 2 tahun yang lalu. Lucas tahu Aaron hanya ingin mengenakannya kerana Aaron ni memang suka bergurau tapi tak kena situasi.
"Abang..." jerit Aden yang berada di dalam kereta .
"Aku pergi dulu tau adik singa dah mengamuk.. kang tak pasal-pasal aku pulak kena hempuk."
Aaron dan Lucas bersalaman cara lelaki sebelum Aaron memandu keluar kereta Mercedes keluar dari halaman rumah. Lucas memerhati bayangan kereta itu sehingga hilang dari penglihatannya.
EMERALD EMPIRE HOLDING
"Adik abang ni ingat tau jangan keluar dari office selagi belum masuk waktu dinner. Kalau nak keluar jangan jalan sorang-sorang, call abang ataupun Suraya."
Aden hanya mengiyakan apa yang dikata oleh abangnya kerana dia malas mahu mendengar bebelan abangnya.
Aden keluar dari perut kereta dan terus menuju ke lobi. Butang lif ditekan lalu terus menuju ke tingkat atas. Segaris senyuman tidak lepas dari bibirnya. Setiap pekerja yang lalu lalang di hadapannya menunduk takut dan memberikan salam hormat pada abang bosnya. Pelik bagi mereka kerana sebelum ni bosnya hanya bersikap dingin tetapi tidak pada hari ini. Aaron yang berada disebelah membuat wajah serius seperti biasa tetap dingin dan berwibawa. Tingkat yang dituju telah sampai pada destinasi yang dituju, Aaron, Aden dan beberapa pekerja lain keluar dari perut lif dan terus menuju ke meja masing-masing. Aaron mengikuti adiknya sehingga sampai di sebuah bilik yang bertulis
"AURORA ALEXANDRA LUCIUS". Nama itu memang dikhaskan untuk keturunan keluarga Lucius. Nama yang istimewa daripada atuknya.
Pintu bilik dibuka, semuanya disusun kemas serta teratur oleh Lucas sepupunya. Sepanjang Aden sakit Lucas yang menguruskan syarikat manakala Aaron pula menjaga Aden di hospital.
"Abang boleh tak kalau kita tukar sikit decoration dalam bilik ni sebab nampak gelap sangat. Aden nak yang ada rainbow colour." kata Aden teruja pada abangnya.
"Boleh jugak tu. Esok abang akan upah orang untuk cat semula dinding ni then tukar wallpaper."
"Tak nak.." rengek Aden manja.
"Aden nak abang yang buat semua ni dengan penuh kasih sayang."
"Boleh my bunny.. anything for you" Aaron mencuit manja hidung mancung Aden.
"Ouuh, thank you my star." Satu pelukan hangat dihadiahkan pada Aaron.
Tok!! Tok!! Tok!!
Pintu diketuk beberapa kali, pelukan hangat Aden pada Aaron dileraikan. Aden kembali pada tempat duduknya, Aaron pula duduk di sofa yang disediakan sambil bermain telefon bimbitnya.
"MASUK" laung satu suara di dalam bilik itu.
Pintu dibuka dan terlihat wajah yang kacak tanpa cacat cela memasuki ruang pejabat yang agak suram.
Suara yang garau menyapa gegendang telinga Aden dan Aaron. " Hai Miss Aurora and Mr Aaron my best friend"
"How long not to see you?"
"Hai Mr. Qayyum Mikhael" Aaron mendekati Qayyum dan membuat persalaman cara lelaki.
Aden pula jangan dikata muka memang terkejut nak mampus sebab lelaki inilah yang selalu menjadi peneman mimpi ngeri Aden setiap malam.
Lelaki ini yang sering menggangu tidur Aden sejak pulang dari hospital. Muka yang kacak, Rambut seperti gaya oppa Korea dan suara garau yang sama didengarinya setiap malam.
Aaron menjemput rakan baiknya duduk bersama di sofa yang telah disediakan. Aden pula muka dah macam tomato bila berjumpa dengan seorang jejaka yang menjadi penemannya setiap malam.
°BERSAMBUNG°
Share this novel