[chorus part]
Hiduplah Arjuna Beta
Biarkan jasad yang luka
Selama Tuhan mu ada
Takkan engkau tercela
Nyamanlah Arjuna Beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa
Setelah selesai menyanyikan lirik yang terakhir, Zulaikha merasakan tiada hembusan nafas yang dirasakan. Dia perlahan-lahan melepaskan pelukan Alyn dan melihat sekujur tubuh itu kaku tidak bernyawa..
Zulaikha mengangkat tubuh itu ala bride's style menuju ke kereta. Pengunjung yang melihat mereka berkelakuan seperti itu tidak dihiraukan.
HOSPITAL KUALA LUMPUR
(30 minit telah berlalu selepas Alyn dimasukkan ke bilik rawatan.)
Miss Aurora Alexandra!! panggil doktor yang memeriksa Alyn.
Saya doktor, macam mana keadaan kawan saya?
"Maafkan kami, Aralyn Sofea tidak dapat kami selamatkan kerana kanser yang dihadapi telah masuk tahap ke-4 dan telah merebak ke bahagian jantung. Maafkan kami sekali lagi.." sayu perkataan doktor Malin.
Terasa lemah lututnya setelah mendengar berita yang menyakitkan hatinya. Tubir mata yang terasa panas mengalirkan air jernih yang tidak dapat ditahan sedari tadi. Dia segera menelefon Leyana pembantu peribadi papanya untuk memberitahu tentang perkara tersebut.
1 Jam kemudian..
Dato' Azman Mukhriz bersama Puan Aleyia isteri keduanya iaitu ibu kandung Aralyn menghampiri Zulaikha yang duduk di kerusi sambil menangis teresak-esak.
Puan Aleyia dengan muka berangnya menghampiri Zulaikha lantas menampar kuat pipi yang lencun dengan air mata.
"KENAPA KAU ADA KAT SINI HA? AKU DAH AGAK DARI AWAL LAGI, SEJAK KAU LAHIR KELUARGA KAMI SELALU SANGAT DAPAT MUSIBAH. KENAPA KAU TAK MATI JE DENGAN MAK KAU KAN LAGI BAHAGIA HIDUP KELUARGA AKU TANPA KELAHIRAN KAU. HEI!! DENGAR SINI YE KALAU ANAK AKU MATI, BUKAN SETAKAT NAMA KAU JE YANG HILANG TAPI MUNGKIN DENGAN HARTA KAU SEKALI.." katanya sambil tersenyum sinis.
Dato' Azman Mukhriz yang melihat kemarahan isterinya hanya mampu mendiamkan diri kerana dia takut keadaan akan menjadi lebih teruk jika dia masuk campur.
Beberapa minit kemudian,
Terlihat Dato' Khairul Ikhwan bersama keluarganya menghampiri Dato' Azman Mukhriz dan isterinya.
Qayyum yang baru sampai terus menuju ke arah Dato'Khairul dan Datin Qhaira. Dia terdengar suara seseorang memanggilnya dari arah belakang. Dengan pantas dia memusingkan badannya dan terlihat susuk tubuh ibu mertuanya iaitu Puan Aleyia.
°BERSAMBUNG°
Share this novel