CHAPTER 20: FLASHBACK I

Romance Series 3077

"ASSALAMUALAIKUM"

Kedengaran suara garau di luar pintu utama rumah Aurora. Siapa lagi kalau bukan abang kembarnya Aaron. Lucas yang duduk diluar rumah sambil minum secawan teh panas yang baru dihidangkan oleh Kak Senah pembantu rumah itu lantas menjawab salam yang diberi.

"WAALAIKUMUSSALAM, DUDUK LA SINI BOLEH TEMAN AKU MINUM TEH NI" ajak Lucas pada Aaron untuk duduk di kerusi bersebelahan dengannya.

"MANA ADEN" tanya Aaron pada Lucas yang hanya fokus pada telefon bimbitnya sahaja. Tah apa yang menarik pun tak tahu la..

"LEPAS BALIK TADI TERUS TIDUR, PENAT SANGAT AGAKNYA" katanya sambil memandang sekilas wajah Aaron yang menghirup air teh panas itu.

Suasana sunyi, tiada siapa yang membuka mulut kerana Lucas masih ralit melihat telefonnya manakala Aaron pula memikirkan cara untuk memulihkan semula ingatan adik kembarnya.

"KAU RASA PATUT TAK KALAU KITA KAHWINKAN JE ADEN" terus terbatuk-batuk Lucas apabila mendengar soalan itu keluar daripada mulut sepupunya.

"AP..APA KAU CAKAP? KAHWINKAN DIA? DENGAN SIAPA? KAU JANGAN NAK BUAT LAWAK LA AARON, ADEN TU MUDA LAGI TAU!!" marahnya pada Aaron. Ye la mana tak marah, Lucas dah sayangkan Aden macam adik dia sendiri.

"NAMPAK MACAM AKU TENGAH BUAT LAWAK KE? TAK KAN. MASA NI LA SESUAI KITA KAHWINKAN DIA SUPAYA ADA ORANG BOLEH JAGAKAN DIA BILA KITA DAH SIBUK BEKERJA NANTI, KAU NAK KE TINGGALKAN DIA SEORANG DIRI KAT RUMAH NI.. KAU PUN TAHU KAN BANYAK MUSUH SEDANG MENCARI DIA, LAGI-LAGI DIA TU PEREMPUAN, LAGILAH AKU RISAU.."

"YE LA AKU TAHU SEMUA TU.. TAPI DENGAN SIAPA DIA NAK KAHWIN?"

Aaron hanya berdiam diri. Dibiarkan sahaja soalan itu tanpa jawapan. Aaron terus bangun dari duduknya dan berkata..

"AKU MASUK DALAM DULU LA.. NAK JUMPA ADEN MANA TAHU DIA DAH BANGUN"

Lucas menganggukkan kepalanya.

Pintu utama dibuka, Aaron melihat Aden sedang bermain dengan 'Zico' haiwan kesayangannya.

*Ha kalau nak tahu Aden ni memang minat dengan haiwan berbisa. Contohnya macam ular dan kala jengking. Tapi Aden ni lebih berminat pada ular sebab dia rasa ular ni comel je bila dipandang.
Eh, comel ke? rasanya macam takut kena gigit adalah.. lebih-lebih pulak author ni kan membebel .. let's continue.*

"Aden.." panggil Aaron perlahan.

"Ya kenapa?"

"Letak Zico dalam sangkar dia balik, abang ada nak cakap something ni".

Zico diletakkan dalam sangkar semula.Selepas itu Aden mencuci tangan dan dia melabuhkan punggungnya di sebelah abangnya di atas sofa ruang tamu itu.

"Lucas mana?"

"Ada kat luar tengah telefon girlfriend la kot!!"

"Amboi.. cakap jangan main sedap mulut je wahai sepupu ku. Hamba sedang beristirahat di luar."
katanya sambil merapatkan tangannya tanda memohon ampun.

*Sejak bila pulak pandai bahasa istana pulak ni? Haih.. pening la dengan Lucas ni ada je benda merepek yang keluar dari mulut dia ni.*

"Eh, masa bila kau masuk?"

"Baru je tadi.. aku dengar kau nak cakap something.. cakaplah cepat" katanya lalu melabuhkan duduknya pada sofa single di sebelah Aden.

Aaron menghela nafas panjang sebelum memulakan bicara.

Kedua-dua figura itu hanya diam menantikan ayat seterusnya dari Aaron.

"Abang nak Aden kahwin" mudah Aaron berkata.

Aden tergamam dengar perkataan tu. Tiba-tiba kepalanya rasa sakit.. terlayar satu memori yang mengingatkan Aden bersama dengan si 'dia'.

*FLASHBACK*
Sebenarnya aku nak kau KAHWIN dengan orang yang paling aku sayang dunia akhirat..

`dia melihat dua orang gadis duduk berhadapan dengan sebuah tasik. Dia cuba untuk mendekatkan diri dengan gadis itu tetapi bayangan itu semakin hilang dari ingatannya.
*END FLASHBACK*

Aaron menepuk pipi adiknya lembut untuk membangunkan dia dari mimpi ngeri tersebut.

"Aden.. ok tak ni?"

Aden hanya menganggukkan kepala.

"Esok aunty Jasmin akan bawa Allen datang sini. Aunty kata Allen selalu tanya bila mama dia nak balik? Rasa kesian tapi nak buat macam mana, kalau bagitahu perkara sebenar takut Allen nangis je bila tengok mama dia tak sedarkan diri 3 hari. Dah jadi satu hal pulak" kata Aaron sambil mengusap kepala Aden yang berbaring diatas peha Aaron.

Lucas yang melihat itu merasa cemburu. Tapi.. apa boleh buat dah memang manja terlebih dengan Aaron abang kembarnya itu.

Hari sudah larut malam, Lucas masuk ke biliknya setelah selesai mengemas apa yang patut. Aaron pula sudah semestinya tidur setelah mengangkat Aden yang terlena di atas sofa ke dalam biliknya. Suasana menjadi gelap gelita setelah mereka bertiga tidur dengan dibuai mimpi indah.


°BERSAMBUNG°

Sorry dah lama tak update. Memang busy sangat sebelum ni.. Ingat balik kampung nanti nak publish tapi biasalah kampung Line slow nak mampus. Mungkin update kali ni macam hambar sikit sebab watak hero tak banyak keluar. Saya akan cuba update 2 chapter kali ni.. harap enjoy. FOLLOW MY INSTAGRAM @auroraxandra Kalau nak tengok full update boleh komen dibawah sebab kemungkinan besar saya nak buat group whatsapp.. nanti boleh drop komen dibawah kalau nak join.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience