Emm, sorry saya terlanggar awak tadi?
Qayyum berkata pada seorang gadis yang mengibas hoodie nya yang kotor sebab terjatuh tadi..
Gadis itu tidak memandang Qayyum lalu terus beredar dari situ.Dia kelihatan seperti tergesa-gesa.
Qayyum ingin berjalan tetapi dia rasa seperti ada sesuatu yang menghalang jalannya..Qayyum terus mengambil sebuah buku yang bertulis 'MY LOVELY JURNAL'.Daia ingin memulangkan buku itu semula tetapi kelibat gadis itu tidak kelihatan..
Setelah penat berjoging Qayyum pulang kerumah dengan membawa pulang buku itu..
EZEKIEL'S DREAM HOUSE (EDH)
ASSALAMUALAIKUM MAMA..
WAALAIKUMUSSALAM ANAK MAMA DAH BALIK..Datin Qhaira tersenyum dan menyambut huluran tangan anaknya.
Mika nak naik mandi dulu then Mika turun bawah,lunch dengan mama..
Datin Qhaira hanya menganggukkan kepalanya.
Setelah masuk bilik ,Qayyum mencari buku yang dijumpainya tadi..Dia terus membaca halaman pertama buku itu..
FOR MY FRIEND,
ADRIANA ZULAIKHA ILHAN BINTI AZMAN MUKHRIZ.
~NI HADIAH UNTUK KAU SEBAGAI TANDA TERIMA KASIH AKU SEBAB SUDI JADI SAHABAT YANG SETIA DENGAN AKU.. KITA SUSAH SENANG BERSAMA TAK KIRA MASA. AKU SAYANGKAN KAU, AKU HARAP BILA KAU SAMPAI SANA JANGAN LUPAKAN AKU..KALAU KAU DENGAR BERITA YANG TAK BAIK PASAL AKU,KAU JANGAN BERSEDIH.AKU AKAN SENTIASA ADA DISISI KAU KALAU DAN MENJADI KEBAHAGIAAN UNTUK KAU..
`KITA BERSAMA TILL JANNAH`
From:_ ARSFA
hamkke usgo hamkke ulgo I dansuhan gamjeongdeuli naegen jeonbuyeossnabwa
• Together we laugh, together we cry these simple feelings were maybe all I had
eonjejjeumilkka dasi geudael majuhandamyeon nuneul bogo malhallaeyo bogo sipeosseoyo
• When will it be when I see you face to face I'll look you in the eye and say I missed you.
P/S : STILL WITH YOU (lagu favourite Aden)
QAYYUM membaca dengan kusyuk sekali buku itu sampai tak sedar telah tiba waktu makan petang.Datin Qhaira berasa pelik kerana anak sulungnya tidak turun dari tadi..Datin Qhaira lantas naik dan mengetuk pintu bilik anaknya.
TOK TOK TOK
Mika dah siap mandi ke belum?meh sini turun makan,nanti makanan sejuk..
Kejap lagi Mika turun makan, jerit Qayyum dari dalam bilik.
20 MINIT KEMUDIAN
Datin Qhaira ternampak Qayyum yang menuruni tangga sambil sibuk membaca sebuah buku..
Mika hati-hati, nanti jatuh tangga macam mana.. dah² la tu baca buku sambung nanti pulak lepas makan..
Qayyum meletakkan buku itu ketepi dan mula memakan daging goreng berlada yang disediakan oleh Datin Qhaira.
Selepas makan, Qayyum duduk di ruang tamu sambil melihat skrin telefon,tanpa sedar adik bongsunya sedang memerhatikannya dengan muka yang sangat dingin.
Qayyum melihat adiknya dan bertanya 'kau asal tengok abang macam tu?'..
Rayyan berkata tanpa ada senyuman di wajahnya, 'kau ingat kau akan bahagia, jangan mimpi la..' dia berkata sambil tersenyum sinis.
Qayyum pelik dengan sikap adiknya, namun dia masih lagi berfikiran positif.Dia cuba untuk mencari maklumat tentang gadis misteri yang dia terlanggar ketika berjoging pagi tadi..
Dia menekan aplikasi Google dan mula mencari..
Dia menaip nama gadis tersebut .
^ADRIANA ZULAIKHA ILHAN^ Dia terus menekan butang SEARCH.
Qayyum terbuntang dengan apa yang dilihatnya..
•BERSAMBUNG•
Share this novel