CHAPTER 19: PLAN BARU??

Romance Series 3077

*PUAN ALEYIA POV*

•IN CALL•

"Macam mana dah mati ke belum?" tanya Puan Aleyia melalui corong telefon.

"Saya dapat info dia kemalangan dengan sebuah lori dan dia koma selama 4 hari. Tapi.." ayatnya tergantung disitu.

"Tapi.. apa?" tanya Puan Aleyia tidak sabar.

"Tapi.. dia belum mati" jawabnya ringkas dalam nada ketakutan.

"Tak pe.. kau jangan takut, kita guna cara lain. Nanti payment kau aku transfer. Esok jumpa dekat tempat biasa.. "

"Baik Puan. Saya sedia laksanakan tugasan." katanya sambil mengoyakkan secarik senyum sinis.

"Habislah kau kali ni Aurora.. Aku dah lama benci kau, but now I'm ready." monolognya dalam hati.

•END CALL•

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
PURNAMA STREET CAFE

Puan Aleyia duduk di sebuah meja menanti kehadiran seseorang. Cappuccino Ice disedut perlahan melalui straw. Dapat dirasakan rasa susu dan kopi yang sangat manis. Setelah 30 minit menunggu akhirnya wanita yang dinanti membuka pintu utama cafe dengan wajah ketakutan. "takut kena marah la tu" monolog Puan Aleyia dalam hati.

Setelah membuat pesanan minuman, wanita itu duduk dihadapan Puan Aleyia. Tisu yang tersedia di atas meja diambil untuk mengelap peluh yang mengalir di dahinya. Buat seketika suasana sunyi, tiada sesiapa yang memulakan percakapan. Tidak lama kemudian, Puan Aleyia membuka mulut kerana dia tidak selesa keadaan sunyi tanpa sepatah kata.

"Aku ada plan baru!" kata Puan Aleyia sejenak.

"A..pa dia P..Puan?" kata wanita dihadapannya gagap.

"Kenapa kau gagap? semalam bukan main lancar lagi kau barcakap. Tak pe la aku dah tak ada masa nak cerita plan baru ni dekat engkau panjang-panjang, aku cuma nak cakap, kau kena bawa abang dia jumpa aku selewat-lewatnya esok. Faham?"

Wanita itu hanya menganggukkan kepala. Tetapi dalam hati dia banyak lagi persoalan yang belum terjawab. Banyak lagi yang dia belum tahu pasal Aurora, yang dia tahu hanyalah Puan Aleyia mengajak dia bekerjasama dengannya untuk membalas dendam sahaja.

Tanpa membuang masa Puan Aleyia terus beredar dari cafe dan meninggalkan wanita itu bersendirian.

"Macam mana aku nak bawa abang dia jumpa Puan Aleyia. Aku pun tak tahu abang dia kat mana. Aku nak minta tolong siapa la agaknya, kalau aku tak buat kerja ni mesti aku tak boleh nak bagi duit kat family aku. Kesian pulak aku tengok ibu yang bekerja siang dan malam untuk menyekolahkan Shahril yang baru berusia 9 tahun. Aku kena kuat untuk family aku, aku kena tabahkan diri aku kalau nak kerja dengan Puan Aleyia yang cerewet ni. BE STRONG SURAYA, GO SURAYA GO" dia bermonolog dalam hati sambil menghirup air yang berada di atas meja cafe itu.


°BERSAMBUNG°

Maaf kalau chapter ni macam tak best sangat.Tapi Aurora akan cuba habiskan conflict pertama ni dulu lepastu baru boleh tengok diorang bahagia. Sebab ada banyak lagi dugaan yang kan berlaku lepas hero and heroin bersama. *STAY TUNE*

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience