SPECIALIST HOSPITAL KUALA LUMPUR
DATO' AZMAN menghampiri Leyana yang duduk di ruang menunggu. Lutut terasa longlai tatkala mendengar berita kemalangan yang menimpa anaknya sendiri. Kalaulah terjadi sesuatu pada anaknya, dia takkan maafkan dirinya sendiri.
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Pintu bilik kecemasan terbuka muncul seorang doktor wanita yang merawat Zulaikha. Dato'Azman menghampiri DR. JASMIN, sahabat baik isteri pertamanya, Aura.
Dato'Azman Mukhriz, boleh ikut saya ke bilik?
Muka diraup kasar, langkah dikuatkan untuk mengikut jejak doktor wanita itu.Perasaan bersalah menyelubungi fikiran. Segala hal kerja seakan hilang bila terfikirkan keadaan anaknya.
Aku.. tak nak cakap panjang. Straight to the point, anak kau kritikal dan dia mungkin tak kan sedarkan diri dalam tiga ke empat hari ni. Aku suspek ada orang cuba nak bunuh dia.. sebab terlalu banyak ubat tidur yang dia ambil, melebihi kadar yang sepatutnya. Lepas dia sedar, mungkin dia akan hilang ingatan untuk sementara waktu. Kalau kau bawa dia ke tempat-tempat yang pernah dia pergi, insyaallah ingatan dia akan muncul perlahan-lahan. Kau boleh tengok dia tapi sekejap sahaja sebab mungkin Aura akan sampai tak lama lagi.. Keep strong Azman.. Cuba pujuk Aura untuk kembali semula pada kau.. Belum cuba belum tahu kan.. ujar doktor Jasmin lalu keluar dari biliknya untuk merawat pesakit lain.
------------------------------------------------------------------------------
Pintu wad dibuka oleh seseorang. Tiada bunyi deruan nafas melainkan bunyi mesin yang memenuhi segenap ruangan. Muka yang pucat dipandang, tangan yang sejuk dipegang, rambut yang keperangan dielus, itulah keadaan seorang anak gadis yang cantik tapi tidak pernah dianggap sebagai anak sendiri.
Air mata jernih mengalir dari tubir mata. Tiada lagi suara yang merdu pada setiap lirik lagu dinyanyikan, Tiada lagi panggilan 'PAPA' ketika ini. Tiada lagi perwatakan manja yang dirindui setiap hari. Hati yang kian diselubungi rasa bersalah semakin menebal, bila Dato'Azman tahu akan perkara sebenar yang diceritakan Jasmin tadi. Perlukah dia memberitahu perkara sebenar dan meminta maaf atas kesalahannya pada gadis itu? Adakah dia menerima segala kenyataan perit yang telah terbongkar satu persatu? Mungkinkah dia dapat memaafkan atas segala kesilapan yang telah dilakukan? semuanya akan terjawab selepas ini!!
" Aden maafkan papa, papa terlalu pentingkan diri, papa gelap kan mata papa dengan kekayaan yang dah papa gapai, papa lupa siapa orang yang ada disisi papa, jatuh bangun papa bersama mama aura.. papa rindukan insan itu Aden.. bangunlah sayang, maafkan papa.. jangan buat papa macam ni!! maafkan papa, Adriana Zulaikha Ilhan bidadariku". berulang kali kata maaf dilafazkan namun itu tidak mampu mengubah keadaan anaknya yang koma..
°BERSAMBUNG°
Share this novel