BAB 15

Romance Completed 7824

Qaira urut lengan yang rasa lenguh selepas seharian menguruskan majlis kahwin mereka. Seperti yang diminta Iman, majlis mereka cukup ringkas. Tiada persandingan, tiada pembaziran. Persalinan pula cuma satu. Baju nikah mereka. Qaira tak kisah semua itu walaupun dulu dia membangkang. Sebab dia sedar, Iman nak mulakan hidup baru mereka ikut sunnah. Teringat perbualan dia dengan kawan-kawan tadi siang.

“Kenapa tak buat pelamin? Tak sanding? Rugilah..”

“Aku tak perlukan semua tu untuk mulakan hidup baru. Aku tahu, suami aku lagi tahu apa yang terbaik untuk kami. Persandingan itu sebagai satu adat. Bukan syarat wajib pun. Cukup aku rasa bahagia dengan apa yang aku ada..”

“Assalamualaikum..” pintu bilik dibuka. Qaira ukir senyuman. Iman masuk dan menutup pintu. Dihampiri Qaira yang masih berdiri dekat tingkap. Melihat Iman yang semakin menghampiri, Qaira mula jadi serba tak kena. Hilang tingkah dia. Bila Qaira mahu larikan diri, tangan Iman terlebih dahulu mematikan langkahnya.

“Sayang nak ke mana? Jom, sembang dengan abang. Kita duduk dekat katil ya?” suara menggoda Iman sudah keluar. Qaira rasa tubuhnya menggil, tapi tetap dia patuh mengikut langkah si suami.

Apabila punggung dilabuhkan, Qaira dapat rasakan ada tangan yang bermain dengan rambutnya. Qaira rasa muka dia makin panas. Kemudian, tangan dia pula dipegang. Kemas.

“Sayang tahu tak.. the truth is, abang yang minta ummi pinangkan Qaira untuk abang..” berkerut dahi Qaira mendengar jawapan Iman. Dia tatap wajah Iman yang sengih lebar. Tayang muka tak bersalah dia.

“Maksud abang? Bukan ummi lah yang berkenan dengan sayang sebenarnya? Sayang ingatkan perkahwinan kita memang keluarga yang atur,” Iman eleng kepala.

“First time abang nampak sayang waktu kenduri hari tu. Sayang mesra saja layan ummi. Waktu tu, abang tahu, she’s the one. So, step seterusnya abang minta ummi merisik,”

“Habis tu, waktu abang tanya saya dah ada orang lain ke belum.. Abang nampak macam terpaksa aje..” Iman rangkul bahu Qaira.

“Abang takut sebenarnya, kalau-kalau sayang memang dah orang lain. Abang tak nak rampas kekasih orang. Abang cuba kawal perasaan abang waktu tu. Sayang pun masa abang datang, macam terpaksa je.. Kalau betul sayang dah ada orang lain, abang kena redha lah.. Hehehe,” Qaira rasa nak cubit muka Iman yang sengaja dibuat comel.

“Then, waktu kita keluar beli barang kahwin, itu kali pertama abang tahu sayang ada kawan baik lelaki. Abang rasa terancam juga waktu tu. Sebab rasa macam mustahil hubungan itu sekadar kawan saja. Tapi abang tanam kepercayaan abang pada sayang. Sebab abang dah pilih sayang, abang perlu yakin dengan sayang.. Waktu kita jumpa dekat pantai, serius.. abang terkejut sangat. Tak sangka sayang akan jumpa Ad tanpa beritahu abang..”

Qaira genggam jemari suaminya. Dipandang wajah itu.

“Sorry..”

“Nothing to be sorry about.. Ad dah terangkan segalanya pada abang beberapa hari lepas kejadian tu..” Qaira buntangkan mata. Kalau dah terangkan, kenapa diamkan diri? Cubit juga Iman ni karang.

“Tapi, macam ummi beritahu, memang abang sangat busy dalam tempoh sebulan tu, dan sebab tu jugalah abang tak dapat jumpa sayang. Allah je tahu betapa abang nak tengok wajah kesayangan abang ni.. Abang kena kerja keras, cover kerja abang untuk bulan seterusnya. Sebab, abang nak luangkan masa dengan sayang. Nak bawa sayang abang ni bercuti..” Iman sentuh dagu Qaira. Qaira tatap mata suaminya.

“Abang nak spend time together and making memories with you. Abang sayang Qaira Alisya. Abang cinta isteri abang. Abang nak jadi yang terbaik untuk dia. Seperti mana dia mahu jadi yang terbaik untuk abang. I love you, sayang..” bibir Iman menyentuh bibir Qaira. Qaira pejamkan mata. Ada bahagia menyelinap ke seluruh jiwa. Terima kasih Allah atas cintaMu yang tak pernah berbelah bahagi. Terima kasih untuk cinta yang Kau hadirkan buat diri ini. Jika ini yang terbaik untukku, maka aku menerimanya dengan penuh kesyukuran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience